Kes Bunuh Remaja 15 Tahun: Selisih Faham & ‘Overdose’ Dadah Antara Motif Yang Kini Disiasat

Trending

Kes Bunuh Remaja 15 Tahun: Selisih Faham & ‘Overdose’ Dadah Antara Motif Yang Kini Disiasat

Siasatan berhubung kes pembunuhan remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan mendapati antara motif kejadian itu adalah perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu laporan keputusan toksikologi sebelum dapat mengukuhkan motif kes tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, berdasarkan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek termasuk teman lelaki mangsa berusia 16, 20, dan 51 tahun adalah negatif.

Masih tunggu keputusan toksikologi sama ada si mati ada menggunakan sebarang bahan dadah. Motif kita nampak mangsa melibatkan teman lelakinya masih dalam siasatan lagi sama ada libatkan perselisihan faham sehingga kematian atau dadah.

penemuan mayat reput, tiga lelaki ditahan polis

Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), tidak boleh kata mengambil dadah atau overdose.

Terdahulu, mayat reput telah dijumpai di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang sebelum disahkan milik mangsa berdasarkan ujian dijalankan.

Kata Hussein, keadaan mayat remaja yang reput menyukarkan pihak pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain. Pihak polis percaya teman lelaki mangsa terlibat dalam pembuangan mayat Xin Yuan.

Sama ada orang lain ada bantu atau tidak, juga dalam siasatan lagi.

penemuan mayat reput, tiga lelaki ditahan polis
3 days ago

Penemuan Mayat Reput Remaja: Teman Lelaki & Dua Ahli Keluarga Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...