Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: 3 Suspek Direman Selama 7 Hari

Berita

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: 3 Suspek Direman Selama 7 Hari

Tiga orang suspek pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, Selasa lalu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Julai ini.

Memetik laporan Berita Harian, tiga orang suspek itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan yang bergari tiba di Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dikawal oleh anggota polis.

Advertisement
tangan digari

gambar hiasan

Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azaraorani Abdul Rahman, bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada jam 9.45 pagi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang mangsa berusia 20 tahun ditemui meninggal dunia di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakannya sekitar jam 10 pagi.

pelajar universiti cyberjaya ditemui maut

Mangsa, yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti pada 21 Jun lalu.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata bahawa tiga suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 20 tahun. Mereka ditahan di sekitar Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, antara jam 9 pagi hingga 2 pagi keesokan harinya.

Norhizam menambah bahawa ketiga-tiga suspek dikenalinya mangsa dan tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis mengenai kematian mangsa diterima pada 10.28 pagi Selasa lalu.

pelajar universiti cyberjaya ditemui maut
2 days ago

Pelajar Universiti Swasta Cyberjaya Ditemui Maut Disyaki Dibunuh, Tiada Unsur Rogol - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...