Kes Bunuh Kerat 8: Bahagian Kepala Dua Mangsa Dijumpai Disorok Di Siling Rumah

Trending

Kes Bunuh Kerat 8: Bahagian Kepala Dua Mangsa Dijumpai Disorok Di Siling Rumah

Sebelum ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kes dua beranak dibunuh kejam oleh seorang lelaki dari Singapura. Kedua-dua mayat mangsa dijumpai dikerat kepada lapan bahagian dan dibuang di semak.

Terkini, bahagian kepala dua beranak ini dijumpai disembunyikan di loteng rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Melaka. Keluarga mangsa juga telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk pengesahan.

Advertisement

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.”

Masih ada lagi bahagian badan mangsa yang masih belum dijumpai dan masih dicari dalam melengkapkan pencarian bahagian badan yang lain.

Menurut pihak polis, bahagian pergelangan tangan masih belum dijumpai kerana dikatakan di buang ke dalam tong sampah dan dipercayai diangkut oleh pihak ditugaskan untuk membuang sampah.

Pada Khamis lalu, dilaporkan mayat dua beranak mangsa dibunuh kejam dan ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian. Wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan ke kawasan semak sebelum dijumpai pemotong rumput yang sedang bekerja di kawasan itu.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...