Kes Bunga Antara Deja Moss, Norish Karman Dan Faradhiya Sangat Kelakar

Hiburan

Kes Bunga Antara Deja Moss, Norish Karman Dan Faradhiya Sangat Kelakar

deja moss

Aduh. Kelakar sungguh kes bunga antara Deja Moss, Norish Karman dan Faradhiya nie. Ceritanya berlaku semasa teater Terima Kasih Cinta di mana Deja Moss dengan sengaja menempah jambangan bunga untuk kesemua pelakon kecuali Norish Karman dan Faradhiya. Kiranya masa semua pelakon berdiri di hadapan penonton, semua orang kecuali Faradhiya dan Norish Karman ada bunga. So nampak macam akan memalukan Faradhiya dan Norish Karman la.

Advertisement

Tapi sayangnya pelakon Tony Yusof dan Shojiri telah pun memberikan bunga mereka kepada Faradhiya dan Norish Karman. Maka gagallah usaha Deja Moss. Dan apabila tiba di bilik persalinan, Deja Moss telah pun meminta balik jambangan bunga tersebut daripada Norish Karman dan Faradhiya. Tapi Deja Moss ada penerangan yang baik untuk tindakannya itu:-

[note]Ini sebenarnya hal kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikit pun saya tiada niat mahu malukan mereka. Sebenarnya sepanjang latihan TKC selama tiga bulan, mereka tidak pernah menegur saya. Nanti kalau saya beri bunga kepada mereka, tak fasal-fasal ia dipulangkan semula kepada saya. Jadi apa salahnya saya ambil semula bunga tersebut kerana niat saya bukan untuk memberikan bunga itu kepada mereka. Bagi saya, Norish dan Farahdhiya tidak perlu rasa malu jika bunga itu tidak diberikan kepada mereka, kerana mereka dah jadi seperti “diva” sejak awal lagi, [/note]

deja moss

Pergh ayat Deja Moss memang pedih menusuk jiwa. Tapi logik jugak kan? Dah dia yang beli bunga tue, suka hati dialah nak bagi bunga kat sapa-sapa yang dia nak. Duit Deja Moss jugak, bukannya duit orang lain. Ke memang tak baik buat macam tue? Dan untuk pengetahuan, Deja Moss dan Norish Karman memang tak ngam dari dulu lagi.

[note]Seperti yang anda tahu, saya tak ‘ngam’ dengan Norish dan ketika menerima tawaran berlakon TKC, saya tahu, dia tiada kaitan dengan teater ini sehinggalah selepas dua minggu latihan dia pula muncul. Saya tak boleh halang kerana ini semua rezeki masing-masing. Bagaimanapun, sebagai seorang yang profesional, saya bekerja seperti biasa. Lagipun, hal yang lepas saya dah tak ambil peduli lagi. Begitu juga dengan Farahdhiya, saya kagum dengan bakat lakonan serta nyanyiannya. Tapi bila dia bersama Norish, dia sedikit berubah. Saya tak kisah dan tak terkejut pun kalau mereka berdua rapat kerana Norish merupakan kekasih abangnya[/note]

deja moss

Hmmmm. Macam-macam artis Malaysia nie. Pasal bagi bunga pun nak gaduh. Cuba lah gaduh hal yang mendatangkan manfaat sikit. Gaduh hal ekonomi negara ke, politik ke. Barulah nampak macam artis yang cerdik pandai. Setakat hal bunga nie memang tersangatlah keciknya. Buang karan je nak gaduh. Tak gitu?

P.S: Hadiahkan wanita kesayangan anda dengan rawatan Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage untuk 90 minit hanya dengan RM36 (harga asal RM168). Hadiah terbaik untuk si dia daripada MilkADeal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...