Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Perempuan Tetap Akan Didakwa Esok

Berita

Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Perempuan Tetap Akan Didakwa Esok

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan bawah 18 tahun yang terlibat dalam kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir tetap akan diteruskan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025), yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Sebelum ini, peguam ibu arwah memohon agar pendakwaan ditangguh kerana menganggap pertuduhan yang dicadangkan terlalu ringan dan bimbang isu double jeopardy. Namun, AGC menegaskan pertuduhan tetap diteruskan kerana tidak mengganggu proses inkues yang sedang berjalan.

roh zara

Kelima-lima remaja tersebut akan didakwa atas kesalahan mengugut menggunakan perkataan atau komunikasi bersifat mengancam, menghina atau mengaibkan sehingga menyebabkan gangguan dan tekanan kepada mangsa.

Untuk rekod, Zara, pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha, meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

roh zara
2025-08-18 11:03:47

"Roh Zara Nak Sampaikan Sesuatu, Dia Sedih.." - Netizen Kecam Dakwaan 'Mengarut' Individu Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...