Written by AbangNara | November 6th, 2014

Kes buli yang tersebar sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat perbualan orang ramai. Mana tidaknya, aksi terajang, tumbuk dan ‘flying kick’ yang dipertontonkan seolah-olah kita sedang menonton filem gangster. Zaman Abang Nara tinggal di asrama pun ada juga buli membuli ini. Namun rasanya tak adalah seganas ini. Mungkinkah pengaruh filem gangster yang seringkali ditayangkan di pawagam menjadi salah satu penyumbang kepada sikap ganas pelajar-pelajar kita?

wardina

Seperti yang kita ketahui sememanngya filem/drama dan apa sahaja yang dipertontonkan di kaca televisyen atau pawagam boleh mempengaruhi minda seseorang. Wardina menerusi akaun Facebooknya telah menulis panjang lebar memohon agar pengarah filem gangster turut sama bertanggungjawab dalam hal ini. Tulis Wardina:-

Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part******

Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa* TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF.

Ambil lah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan? Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri.

Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda…yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak.

Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya “hebat” dan “cool” itu …aduh…dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu. Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi.

Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan.

Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus “membuli” mereka ‘dibawah’ ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan…. kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, “Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya”

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

kl gangster

Menarik juga pendapat Wardina ini kan? Agaknya apakah maklumbalas dan reaksi yang akan diberikan oleh pengarah-pengarah filem gangster tanah air. Yang paling pantas bermain di fikiran sudah tentu Syamsul Yusof yang telah mengutip lebih daripada RM10 juta untuk filem KL Gangsternya. Sama-sama kita nantikan pendapat mereka. Buat masa ini, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Benar atau tidak filem gangster mengajar anak-anak kita bersikap ganas?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

104 responses to Kes Buli Berleluasa, Wardina Mahu Pengarah Filem Gangster Turut Bertanggungjawab

  1. nok gebuzzz says:

    mungkin jugak boleh di jadikan satu faktor kes2 juvana berleluasa,filem2 dan cerita melayu byk sgt kisah keganasan….tak boleh nak salahkan ajaran ibubapa juga,kerana budak2 sekarang lebih cenderung bersama kawan

    0

    0
    • aini says:

      betul…mmg menjadi salah satu punce.. sbb ape yg dipertontonkan kadang2 menjadi ikut-ikutan.. alangkah bdk kecik pn, tgk iklan tv pn blh trs ikut ape yg iklan tu tunjukkan…

      0

      0
      • lulu says:

        ibu bapa kenapa tak pantau anak2 berkawan dgn siapa? busy sangat kerja ke? hurmm

        0

        0
        • Olga says:

          salah….warden2 asrama makan gaji buta. malas buat kerja…

          0

          0
        • AKU MELUAT UMNO says:

          ini semua salah umno la, pak ajib sibuk duk cari pelabur2 asing. sibuk mengampu jubur2 pelabur china.. anak2 bangsa terbiar jadi samseng2. dasar pelajaran plak x titik beratkan pasal moral dan sivik. budak2 jd ganster. sekarang ko pukul junior.. besok ko belasah awek, bini….bunuh mak bapak segala. pembangunan ala umno pembangunan material ..bukan iman..

          0

          1
        • Anonymous says:

          senyap la meluat umno. pkr ape kurangnya, apa salah tski sampai ditendang sebegitu rupa.. puiiii.. blah la politik malaysia

          0

          0
        • Datin Semah says:

          Saya sebagai ibu rasa macam nak cekik pembuli2 haram jadah tu. Saya berharap agar CCTV diletakan dlm sekolah asrama. Kalau kita boleh buat pasang golf, litar F1 dan KLCC, takkan CCTV tak mampu nak pasang. Komputer boleh pasang, takkan camera tak boleh….

          0

          0
        • erni says:

          kadang budak2 ni.. dpn mak bapak pijak semut pn xmati.. tp belakang mak bapak depa… haru… cmne..

          0

          0
        • Mak Jemah Naik Geram says:

          kpd ibubapa2 yg ada anak2 kt asrama, sila lah pujuk n tanya anak2 korang samaada kena buli ke x kat asrama tu? anak akak pernah kena buli kt mrsm dulu. mula2 x nk kasi tau tapi nmpk murung….bila slow2 akak korek, dia mengaku akhirnya. akak terus lapor ….sesuai kena buang asrama anak2 beruk bin setan tu. laknatullah la pembuli2 sial ni.

          0

          0
        • zaia says:

          Setuju..Slalukan brtanya prkembangan ank2 trmasuk siapa kwn2nya..
          Ibu bapa risau ank jadi mgsa buli, bila dh pasti ank bkn mgsa buli dah lega, ada yg lupa yg ank tu boleh jgk jadi pembuli.
          Aku sllu tnya adik bongsu aku siap psn cara2 report cikgu/polis sekiranya dia atau pljr2 lain dibuli. Tapi cubalah plk tanya anak2/adik2 smaada mereka prnah usik plajar lain atau buli pljar lain. Psl buli tu mstilah ada yg xngaku tp gunalah cara sndiri utk buat ank ‘terperangkap’ dgn perbualan atau prtnyaan kita, ank sendiri mesti tau mcmmana. Luahan hati ke hati ke, berlakon sdg enjoy dgr citer ke, atau sndiri mulakn citer dongeng ke, xkira la mcm2 cara ada..Kwn kita pun kita boleh buat smpi terlepas cakap atau terngaku, inikan lg budak2..huhu

          0

          0
        • Sokong Artis Perihatin says:

          Bagus Wardina, selalu ketengahkan isu2 semasa.
          Chef Wan…..please take note.
          Yg ko kesah/sibuk mengampu artis2 yg xde bakat mcm Che Ta.
          Wardina for….. PM n Putrajaya !!!

          0

          0
        • Yahudi says:

          totally agree with you Wardinah Sofijah , sbb jiran I , nama dia Kak Senah , dia tu serabai skit , pastu dia ckp nk suruh I transform dia , sbb dia ckp i gorgeous and i dari Penang and i nmpk mcm Kardashian , so im like , sbb i takda masa , I suruh dia upgrade channel , 701++ , then after 2 weeks , teros keluar rumah pon catwalk !! Siap catwalk gaya Naomi lagi !! terus nama pon dah tukar jd Sis Sen( pronunciation : sand ) Curlastt tk ?? Husband dia pon tetiba plak dah mcm Jensen Ackles jer , coat memanjang , byk sgt tgk Vampire tu !!
          conclusion : Tv akan menginfluence anda !!

          0

          0
        • zaia says:

          Warden asrama atau cikgu2 pun perati2 la sllu..setakat ronda2 tu semua, budak darjah satu pun boleh berlakon baik..perati snyp dn knl psti pljar2 yg mmbuli tu dan pljr yg sllu jadi mgsa buli…xleh psng spy ke..haha..
          xpun tanya la bdk2 yg boleh dipercayai, mereka msti tau cerita dikalangan kwn2..Ini x, bergossip psl che ta dr isnin smpi ke ahad, tp cerita ank murid sndiri xsmpt amek tau..

          0

          0
        • Aku Plak Meluat JPJ says:

          Tahukah anda ??? Kebodohan, kebanggangan, kebebalan, kurang ajar, sombong dan berlagak anggota2 JPJ semakin menjadi2 !!!! Setuju ke ?? Paling bangang tak leh terima akal kenapa vvip or menteri or raja relax jer 100% cermin gelap? Boleh JPJ bagi pencerahan tak?

          0

          0
        • minah jambu merah biru says:

          memang betol ! petugas asrama makan gaji buta ajeeeee tido agak Nye ..macm tk ambek indahhh aje cukop time angkat gaji ape2 yg tejadi budak2 kt asrama petugas pon tk tau…yg dorang tau angkat gaji bila dh cukop bulan itu ajeeeeeee…

          0

          0
        • karipap sardin says:

          @Aku Plak Meluat JPJ
          org awam tak boleh buat cermin terlampau gelap untuk keselamatan lah. Dibuatnya perompak duduk dalam kereta kau…tak ada sape yang nampak. Kalau eksiden…susah orang nak pecahkan cermin. Kalau kereta kau dicuri…susah nak tengok perompak dalam tu. Budak tertido dalam kereta…tak ada orang nampak. Kalau raja or orang kenamaan tu lain…tu untuk keselamatan dorang spt untuk elak dr ditembak. Kadang2 cermin gelap tu ada gak yg kalis peluru…just for security dorang.

          0

          0
        • Nanas says:

          bukan kat asrama je…kat sekolah biasa pun ramai yang kena buli. Kalau ada bebudak yang tak nak pergi sekolah…baik parents tanya kenapa x nak pergi. Kadang2 mangsa buli takut nak bagi tahu kat mak bapak or cikgu. pelajar perempuan pun ada yang jadi pembuli. Kat sekolah aku dulu selalunya yang jadi pembuli ni bebudak kelas belakang..bebudak kelas bodoh, bebudak kelas depan tak ada masa nak kacau orang sebab busy study.

          0

          0
        • minah jambu bo layan merah says:

          betol pe ape yg jpj dh cakap kan ..mana boleh pasang cermin gelap kt kereta ! kalau ada pompan kena sondol kt dlm kereta cermin gelap tkde sape orang pon yg Nampak tau ! jangan pikir diri sendiri aje !

          0

          0
        • PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE says:

          Selama 4 tahun perkara ini didiamkan? Malah dalam tempoh tersebut tiada sebarang aduan dibuat? ‘Baik’ dan ‘sabar’ sungguh ya adik2 yang jadi mangsa itu. Sanggup diperlakukan sedemikian rupa tanpa mahu mengambil sebarang tindakan undang2. Adik2 tolonglah ya…jgn takut utk membuat aduan kepada ibubapa kalian atau kepada pihak berkuasa dan pihak sek. Jika dahulu 4 tahun yg lepas kejadian itu berlaku kepada adik2 , suatu hari nanti mungkin perkara yg sama pasti akan brulang lagi kepada kawan2 yg lain jika perkara ini terus didiamkan…

          0

          0
        • zack says:

          xleh salahkan ibubapa 100%, sbb mereka bz bekerja nak cari duit anak2 mereka jugak.. kan seme harga dah naik.. xkeje tak makan le.. kalo xkerja karang.. kerajaan cop pemalas. xde usaha pulak..

          0

          0
        • ~ibu says:

          sy nk jwb soalan awk. jgn mudah slhkn ibu bapa. yer mmg ibu bapa skang bkerja. parents bekerja 8-10 jam diluar. waktu itu la ank2 bkn di dlm pemantauan kita. yer, mmg tgs ibu bapa tuk didik ank2. tp mcm wardina ckp, ini slh satu factor penyumbang. kalo kita kawal ank kita x bg tgk pun, kwn2 die kat luar ada jgk yg tgk dan praktikkan bahasa n perlakuan kasar spt dlm cite2 tu. so ank kita scara x lgsung akan terkesan jg. byk da blaku dpn mata. bdk2 skola skrg bhasa ckup ksr, siap ikut dialog n aksi dlm filem. sbb ape? pengaruh filem. bila filem mcmni dikategorikan bkn tontonan UMUM, pengeluar filem bising, kate akan krgkan bilangan penonton.

          0

          0
      • Saka says:

        siap la saper yg buli anak aku…aku hantar saka. :D

        0

        0
      • Puii Sikit says:

        setuju dgn wardina…finas yg salah. ko luluskan filem yg x mengasah minda. ko promote filem2 yg xde faedah hantu, syirik dan kurafat yg hanya menguntungkan keluarga haslam.

        0

        0
      • nana says:

        budak-budak sekarang terlalu terdedah dengan keganasan.memang media yang banyak menyumbang.internet pun tanpa sempadan.mcmanapun mak bapak kawal tapi melalui berkawan juga boleh menyumbang sifat gangster.

        0

        0
    • Anonymous says:

      tapi mesti ade sorg kawan yg dapat ajaran tak baik ni dari ibu bapa dan sebarkan pada kwn2 lain… ade kwn sekolah anak aku slalu mencarut sampai anak aku terikut, aku pegi sekolah dan jmp budak tu tanya kenapa suka mencarut, mencarut tu salah, dia jawab, mak ayah saya slalu mencarut tak salah pun aunty… there u go, now kau tau dari mana kwn anak2 kau belajar semua benda2 tak elok, which is dari mak ayah dorg sendiri…

      0

      0
      • unknown says:

        agree.. segala2nya bermula dari rumah.. akhlak parents paling penting.. ketegasan parents pada anak2 bermula dari kanak2 lagi.. bukannya dh masok sekolah menengah baru nak tegas..

        0

        0
        • nina says:

          betul… kadang tgk perangai pakcik2 yg dh tua2 ni… sekali cakap, terus keluar mende2 xelok…trs nk sumpah seranah n maki2…. bkn ke dengan secara automatik blh bg teladan yg xbaik kt anak2 muda kan.. especially kt anak2 diorg… so mmg xmustahil la kan kalau perangai budak2 sekarang makin teruk.. huhu…

          0

          0
    • Leha says:

      mak bapak pon samer…tak nk mengaku anak tu jahat…salahkan cikgu2. padahal anak ko…berlakon depan ko. belakang ko….kalah mike tyson.

      0

      0
    • zaia says:

      mmg slh satu faktor juga..sedikit mempengaruhi la tp bila dh trlalu kerap sgt lama2 jd bukit la pengaruhnya..huhu…sikit2 dah la..ini byk sgt…berturut2 plk tu..
      diulang, byk sgt dan berturut2..
      mcm sajian ruji plak..hehe..

      0

      0
  2. dina says:

    dlu ade gak cite2 mcm ney..knp dlu xmcm skrg..jwpnnye bdk2 skrg y imaginasi tggi sgt..bkn psl gangster jew..sex pown bdk skolah rendah da tawu..tu nk salahkn sape plak ? parents y bertanggungjawab..sbb parents y xperhatikan & didik anak2 btol2..jgn nk lepas tgn kt org lain jew..& sekarang buat ape pown nk di media kn..pkr sndr la..

    0

    0
    • nak makan nugget says:

      sebab sekarang zaman internet. Nak perhatikan budak yang dah besar 24jam memang tak larat. Kadang2 depan mak bapak punya lah baik…belakang macam setan. Pengaruh rakan2 lah yang paling utama.

      0

      0
  3. ... says:

    im always agree with your stand kak dina , walau dikecam selalu .. keep it up..

    mmg kebenaran itu selalu nya PAHIT ..

    0

    0
  4. elle says:

    Setuju. Filem2 melayu sekarang byk memberi impak negatif kepada anak-anak muda melayu, contohnya filem gangster, juvana dan mcm2 lg. Filem2 melayu juga byk menonjolkan aksi2 ghairah yg menyebabkan byk kes rogol, sumbang mahram. Kalau filem mat salleh tu confirm budak2 melayu ni tak tgk kan. Tp filem melayu skg ni byk yg suka menunjukkan aksi rogol atau hubungan ranjang suami isteri samada secara ‘double meaning’ atau direct. Contohnya kalau adegan rogol, pengarah suka artis melakukan aksi kaki pelakon wanita bergerak2 mcm berada dlm keadaan …tut….entahlah. Samada artis sekarang samada dah kawin atau bujang suka melakonkan aksi seks atau pengarah suka mengarah filem ala2 porno di samping mengaut keuntungan. Tanpa menilai impak kepada masyarakat. Yang peliknya, pengarah dan pelakon2 ni melayu+Islam.

    0

    0
  5. sentap says:

    setuju dengan wardina. bese la org melayu. cite feberet cite hantu, gangster, cinta… tu jela.. da la cite pon tak ori mane. amek dari movie omputih gak.. contoh cite bencinta. da la jalan cite same sangat, yg beze pelakon je.. tapi rasenyer cite karton pon tak bagos. sbg cntoh cite boboiboy.. bahase yg digunakan tak sesuai utk kanak2 berusia 6 thn ke bawah.. tapi bese laa.. its all about money..

    0

    0
  6. Barang Naik says:

    Parents kena kerja keras nak sahut seruan kerajaan… cost of living naik… nak bayar GST lagi tahun depan… :P

    0

    0
  7. AZWA says:

    assalamualaikum semua
    saya juga berpendapat
    drama dan filem yang berunsur ganas
    menjadi salah satu faktor bukan punca
    yang menyumbang kepada kes buli

    sudah masanya
    penerbit penulis skrip dan pengarah
    di Malaysia terutamanya
    membuat perubahan
    kearah yang positif

    hanya memaparkan
    gaya hidup sunnah (positif)
    dengan membuang semua aksi negatif

    demi melihat anak bangsa terus
    terdidik

    kanak-kanak akan buat apa yang mereka lihat

    0

    0
  8. Anonymous says:

    kesian kn budak y kena buli tu…aku terasa jugak la n takut sb anak aku ad dok asrama..tpi klau nk d ikutkan kes buli ni dh lama cuma zaman skg ni dh canggih n benda ni cepat tersebar..tpi aku harap la..filem2 n drama pasal gengster ni x payah..cite ni semua makin mengundang benda y x baik..tpi manusia zaman skg..tengok la cite gengster jer dh boleh mengutip 10 juta…klau aku x minat cite2 mcm ni..

    0

    0
  9. Aleytte says:

    Agree dgn Puan Wardina. Media pun ye, pihak-pihak cinema pun ye jugak. Tak salah ada cerita Action mcm tu, tetapi kalau dah tetapkan rating M18 ke, 21 ke – follow strictly lah the rules and regulations. Ni masa tengok cerita ganas mcm tu kat wayang, tetiba depan belakang kiri kanan semua ada suara budak-budak. Dengan melalaknya lain. Ni pengalaman sy di JB ye. Tak sure negeri lain macam mana. Tapi ni lah juga, salah satu punca.

    Kesian mak bapak zaman sekarang. Banyak dugaan dunia.

    0

    0
    • Lola says:

      tak guna buat rating M18 or 21 sebab sekarang cerita action boleh tonton online atau download. Bebudak sekarang pun dah pandai tengok online.

      0

      0
  10. Jgn Lembab says:

    Lembab keluarkan komen.
    Nak tunggu sehari baru nak dikeluarkan kew

    0

    0
  11. hj amir says:

    ok..kalau dia suh pengarah filem bertanggungjwb..maksudnya..pengarah antarabangsa..omputih yang buat cerita gangster semua kena bertanggungjawab.

    wardina bila ada masalah dia suka carik salah orang lain..suruh org itu bertanggungjwb, suruh orang ini bertanggungjawab..aku muak betul..hari tu kes anak terbiar yang kelaparan tu..kata kerjaan yang cuai lah apalah..

    wardina kes ini bukan untuk kita point finger..tapi sepatutnya selaku orang yang bakal ada master or PHD sepatutnya dia bagi idea untuk selesaikan masalah. dan salah satu punca pelajar buli ni sebab nak tunjuk teror dan nak tunjuk kuasa dan mereka suka rakam dan tunjuk..jadi hp pun salah jugalah kan..

    wardina tunjuk bijak padahal bodoh kalah budak sekolah rendah.aku meluat betul dgn dia..suka salahkan org..puiii

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukn dia tgh bg penyelesaian ke tu.. kurgkn buat crita gengster.. btol dh apa dia ckp.. budk2 skrg, mak bpak keje, g umh kwan layan film gangster cmni.. tu nk try testing kt budk junior la tu

      0

      0
  12. bubbly bubble says:

    didikan asas di rumah yg penting..kesan filem tu pada sy tak memainkan peranan pun..kalau ada pun sgt minimal..kalau asas dunia dan akhirat ditanam pada anak2 dengan berkesan, insyaAllah budak2 ni tahu fikir baik buruk..masalah [email protected] anak2 ni makin menjadi2 punca dr byk sbb..mak ayah skrg sebokkan duit, didik anak dilepas pada guru..mak ayah cari duit tak kira halal haram, duit haram diberi anak makan mendarah daging, jd kalau anak jahat dan degil, toleh2 lah sikit kesilapan diri, audit sikit..bukan terus tuding jari pd org lain..sampaikan kesan filem yg tak seberapa pun nak dijadikan issue..inilah reality masyarakat zaman skrg..focuslah pada main point, dont simply put the blame on other factors just for the sake of blaming other person..

    0

    0
  13. bmw lee cong wei says:

    Wardina menulis dari australia ke ni???

    0

    0
  14. mak long says:

    btul tu wardina..mak long pun rasa nk jd gangster tngok filem3 ganas mcm tu,tp nasib baik paklong dh berubah..haramkan je la filem mcm tu,rosak anak bangsa..budak darjah 1 pun dh kurg ajar dgn cikgu..didikla anak baik3, biar muka gengster mcm lara alana skalipun,biarlah hati secomel wajah anak che ta

    0

    0
  15. Lara says:

    Tak payah pergi jauh.. tengok jer pengomen2 kat sini (yang jenis suka maki hamun tu la)… korang rase… tak ker menurun ke anak2 perangai gangster lagu tu?

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Cuba bdk2 ni pergi hantar ke Palestin sana tu tunjuk gangster tu kt Israel ada berani x

    0

    0
  17. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Mat yo aku stuju ngan nko..mak bapak skrg ni pon prangai cam hape..dgn anak2 ckp engko aku je pernah aku dgr dan nmpk ada bapak sorg ni pggl isteri dia..wei jalang bak seploh inggit nk bli rokok..cmna la anak2 xjd kurengg

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      tengok la ada bapak pukol anak dia macm binatang dengan wayer brek basikal sampai calar bala..anak dia ciru hp punye pasal ..dia ingat yg dia pukol tu anak jin ???? bapak dh macm gngster pukol anak sendiri macm lembu …eh helo lembu kerbau pon saying anak lah huh ! dh pukol anak dia tau pulak lari sembunyikn diri…kenape takot ? tkde bodek ke ha ! huh !

      0

      0
  18. yela... says:

    Nape nk slhkn org lain ats kesalahan ank sndiri…kn boleh di ajar ape moral of the story bg tiap2 citer yg ditonton supaye ank2 amik hal2 yg baik2 & positif je…bg sy yg penting adlh didikn ibu bapa tu yg byk mempengaruhi sikap ank2. Byk citer omputih yg brtemakn gangster tp xde org nk komplen tp bile kebelakangan ni pengarah2 filem melayu wat yg sma asyik dikomplen je…xleh la cmtu…

    0

    0
    • Filem oh Filem says:

      Org putih mcm2 jns filem ada. Filem mcm tu sama bnyk dgn filem jns cerita lain..Mereka x hadap yg itu je, byk cerita lain yg boleh di layan.
      Filem melayu skang yg itu je la yg dikeluarkan, menghadam filem jns gaduh je la,
      itu je la filem yg seronok katernya, itu je yg disuka di puja sbb dah mereka x ada pilihan filem lain. Kalau ada pun filem yg tahap tong sampah sape nak tengok.
      Akhirnya layan aje la filem pilihan itu, tiap2 bulan kehidupan dalam filem itu je yg ditonton, lama-kelamaan ianya dirasakan perkara biasa sajork.

      0

      0
    • bibik says:

      budak2 pembuli ni selalunye kelas kebelakang. bodoh2 belaka. mana nak tgk cte omputih. xpham. mst tgk cte melayu je. budak2 pandai sibok stadi. xde masa nak tiru dialog dan aksi2 filem melayu bangang nih

      0

      0
      • Anonymous says:

        setuju sangat2, yang jadi pembuli gangster ni bebudak kelas belakang !!!
        kat sekolah aku dulu yang jadi gangster sepak kaki orang ialah BUDAK KELAS BELAKANG.

        0

        0
    • jebon ke che embon? says:

      sy setuju dgn yela..masyarakat skrg terlalu menyalahkan org lain dulu berbanding diri sendiri..jika anak2 diajarkan dgn nilai2 yg baik dan positif, diajarkan agama, dalam masa sama parent menunjukkan contoh teladan yg baik pada anak2, diorang tgk apa movie sekalipun takkan terpengaruh..anak2 yg punya asas pendidikan duniawi dan ukhrawi yg baik akan fikirkan baik dan buruk sebelum buat sesuatu..tgk movie ni sekadar santai relaxkan otak..kalau movie berkisar bunuh org, takkan logik penonton tu balik rumah nak test bunuh anak jiran pulak kan..tak semudah tu menyalahkan filem utk sesuatu keburukan..sekarang fikir, majority masyarakat dunia melihat TV, mononton wayang, mcm2 jenis [email protected] ada, tapi kenapa segelintir saja masyarakat yg menjadi penjenayah? sedangkan cerita2 bunuh, rompak, tipu, pukul adalah cerita2 yg biasa ditayangkan satu dunia!..lg pun cerita2 sebegini memaparkan keburukan menjadi gangster @ pembunuh @ perompak dll..tu sebab ada peranan @ watak polis dlm cerita2 mcm ni..menandakan ianya salah disisi undang2..jd penonton yg berakal, dididik mak bapak dgn baik akan mengambil iktibar dr filem mcm ni..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Setiap kehidupan dan persekitaran orang lain2.
        Movie yg nmpk dekat pada kehidupan seseorg itu kdg2 boleh mempengaruhi mereka. Pada segelintir yg mempunyai jalan hidup atau perangai yang ada potensi untuk jadi seperti itu mudah untuk dipengaruhi.
        Walaupun tak semua, tapi tetap memberi kesan pada yang seorang dua itu.
        Bukan tak boleh buat movie macam tu, cuma tak patut kot kalau movie seperti itu sahaja yang dikeluarkan sehingga ianya saja yang banyak memenuhi industri filem di Malaysia.

        0

        0
  19. Bully says:

    Skrg ni byk flem ske wat aksi gnas tp jjln cite sama je.
    Msia skrg dh trlmpau byk jnyah..dh x mcm duk
    ngra sndiri.ibubpak hntr ank ke asrama,jd automatic
    ank itu adalh amanah pihak yg brknaan.bla dah
    kne buli..suma pihak xnk tnggungjwb.jgn keja klu pmalas.
    Dlu xde kes2 cmni,skrg budak2 trlmpau berani dn bodoh.
    Klu aku tau ank aku kne buli,aku akn cr budak
    tu smpi lubang ccing.boikot cite bodoh dn bngang ni.

    0

    0
  20. minah jambu merah biru says:

    budak2 yg suka buli ni baik rotan aje bontot diaaaaa suka2 nk terajang budak2 kt asrama anak yatim pulak tu ! mana penjaga Nye ????? tido ke pe ???? tk dengar ke pe yg budak2 tu kena buli tumbok terajang ????? kesian minah jambu tengok tau ! kurang ajar ! prangai macm orang utan…petugas2 kt asrama tu tkde ke ? tk jaga ke budak2 tu ??? eh helo tiu semua anak2 orang tau ! nk kena jaga baik2 anak orang ! ingat free ke pe dudok kt asrama tu ! jaga asal bolehhhhh aje huh !!

    0

    0
  21. zira says:

    Agreed.
    Filem melayu banyak yang rosak akhlak.

    0

    0
  22. anon says:

    Aiikk…minah gedik penyebok ni muncul kembali lepas lama menyepi pasal ustaz Don hari tu., Hmm….duduklah rumah baik2 jaga anak3 tu, takyah lah nak menyebok sngt. Kes2 buli dah berpuloh tahun esp yg gih sek asrama, masa tu belum ade pun lagi filem2 gengster ni…oooi. Aku taulah sedara2 aku ramai yg masuk sek asrama berpuloh tahun dulu, esp tahun 80an… ade yg kene buang dari sek asrama tu.
    Bagi aku baik jahat anak tu dari keturunan & ajaran mak bapak. Org2 melayu ni mmg tak suka amik tau psl pelajaran or kegiatan anak2 dia org. Tengoklah penagih2 dadah, mat2 rempit…..

    0

    0
  23. Yyayayayaya says:

    korang tengok chef wan dah le…hina perempuan bertudung…mcm mana anak2 muda nak ikut jadi baik????

    0

    0
  24. ali says:

    yup. aku sokong apa yang wardina cakap. memang betul. first aku tengok cerita2 gengster ni cite castello.. pastu kl gengster. tolonglah. filem sampah. filem merosakkan minda anak2 muda. ye. aku remaja. dan aku tak suke cerita melayu yg gengster2 ni. bagi aku..filem mcm ni filem kampung. filem merosakkan akhlak.pastu keluar lah pelbagai jenis cerita gengster. dan aku memang takkan tengok. biarlah meletop mana pon. aku tak bagi adik2 aku tengok. tolong lah pengarah filem. terima hakikat yg filem gengster tu salah satu punca masalah akhlak remaja masa kini.

    0

    0
  25. yekeni says:

    Nak tau perangai mak bapak? Tengok anaknya.
    Nak tau perangai anak? Tengok mak bapaknya.
    Segalanya bermula dari rumah, didikan mak bapak.

    0

    0
    • aku says:

      btol! walaupun ramai ckp jgn asyik salhkan mak bapak..tp mmg mak pak lah pemegang ‘share’ terbanyak dlm membentuk akhlak anak.
      kita dulu2 mana berani menjawab dgn mak pak. kalau cikgu marah kat sekolah pon senyap ja, sbb kalau bg tau mak pak..dia balun lg ada la. so better senyap2 sudah. slalu berebut2 nak tolong cikgu akngkat buku ke bilik guru..sambil jalan2 tu cikguakan ‘membebel’ tp masa tu layan ja mcm layan lagu itik gembo2 :). kena berdiri atas kerusi..ketuk ketampi…semua tu kena. nakal skit kena rotan. menyampuk org tua bercakap kena piat/cubit la jawabnya. tp dengan semua didikan tu tak palk jadikan kita ni manusia yang penakut, pendendam dan hormat ibu bapa & guru. kerana semua hukuman tu berniat mendidik kita jadi manusia yang ada akal, beradap, hormat & bertimbang rasa pada org lain.

      0

      0
  26. bibik says:

    dengar tu shamsul, pierre andre. kunun berubah la sgt. tpi when it comes money making, pendidikan anak bangsa tinggal2kan. booo

    0

    0
  27. proud to be bruneian says:

    di Brunei… kami di censored… segala kes jenayah mcm curi,buli,rogal etc etc.. kecuali perkara tu sudah viral di whatsapp baru ada rh news tetapi mostly inda banyak…. di tv apa semuanya tentang kebaikan dan cara2 menjadi seorang yang baik.. akhirnya semua jenayah dapat di kurangkan..thats why media tu menjadi penting tuk keamanan sesebuah negara..

    0

    0
    • minah Singaporean says:

      your story memang susah i nak percaya. i orang singapore pun tak berani nak cakap my country tak ada jenayah langsung.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kan dia kata dapat dikurangkan..Bukannya tak ada jenayah langsung

        0

        0
      • epok epok says:

        minah….why are you so stupido compare our lovely country Singapore with Brunei ??? Singapore population is bigger than Brunei. Bruneian population just 400k i guess. So what do you expect ???? dari segi teknologi, sport, education, pembangunan.. of course lah Singapore jauh lebih baik.

        0

        0
    • productive muslim says:

      masa i pergi ke brunei bulan lepas… memang peace ..kat sana.. kelab malam dan arak di haramkan… ditambah lagi dengan hukum hudud… rasa nak tinggal sana selamanya..

      0

      0
    • aku berunai Malaysia says:

      alaaaaaaaa…..banar lah tuu
      kazen jiranku org brunei..anak luar nikah masuk nombor 2 sudah..tp ndada pun kena ambik tindakan..masih tinggal sama2 dengan boyfrennya..almost 3 tahun sudah..isap syabu n jual syabu lagi..
      org brunei memang pandai sembunyikan FLAW diorang
      kalau mau minum arak pegi ja Labuan atau miri…
      manala diorang mau tunjuk sifat buruk diorang tu..
      D brunei pakai tudung…lepas sempadan terus buka tudung

      nasib baik moyangku lari dr Brunei dulu…kalau nda aku pun eksen macam org Brunei

      0

      0
      • lala says:

        Assalamualaikum bro…

        memang kami orang brunei jahil suatu ketika dulu…minum arak kat negara orang.. anak luar nikah berleluasa.. sebelum ni.. pakaian seksi sana sini… itu dulu 10-6 tahun.. aku kengetahuinya pasal aku pun terjebak jua perkara tu.. lalu… islam belum kuat di dada kami..sultan kami alum jua kuat islamnya..

        tapi ALLAH memberi negara kami hidayah kepada sultan dan rakyat….. sejak kebelakanganni.. masyarakat kami sudah mula pentingkan islam.. walaupun kesedaran cuma 80% penduduk.. tidak seluruh warga negara.. tapi kami besyukur… perubahan itu amat ketara.. dalam hidup kami.. dan sehingga sultan bertitah hukum hudud tu.. apabila majlis dan acara semua berkonsep islam..dan pakaian apa tidak lagi terdedah sana sini.. tidak ada lagi bunyi gambus dan sebagainya..

        kami besyukur… sekarang ramai yang mula pentingkan islam.. and kami sekarang lebih memikirkan kebangkitan islam di negara kami…

        0

        0
  28. ladymg says:

    paling senang hapuskan technology je… nak salahkan salahkan technology… tanpa facebook, tv, media, internet… tak akan berlaku perkara begini. ish! kalau yang setuju sangat… senang juga… buang tv kat rumah korang. biar budak2 menghadap buku. abis cerita!

    tak paham ah org2 skg…

    budak2 jadi gangster salahkan cerita/drama2 filem macam gini. makcik2 yang mengumpat mencaci tak pula salahkan cerita/drama2 yang banyam mengumpat juga… tu pon dosa juga. yang cium sana sini.. yang peluk2… walaupon dlm cerita suami isteri2 sweet2.. budak2 skg yang bermatair pon nak ikut juga cam gitu. yang penyanyi joget2 pakai seksi pon dipersalahkan kalau anak2 perempuan ikut fesyen mereka.

    kan senang tak ada artis, tak ada pengarah tak ada dunia hiburan.

    0

    0
  29. aku says:

    kali ni aku setuju dgn wardina.
    lately byk sgt citer/filem yang angkat bad boys /epenjenayah sebagai hero..mcm gangter, abg long fadil..watak2 aharhanaz sbg man todak , aaron aaziz, adi putra dan johan ashari dah jd ikutan budak2 sbb power yg konon diorang ada..

    pastu bila nak ‘menghalalkan’ perbuatan jahat diorang kata nak bantu mak sakit la, bela keluarga la, kurang kasih sayang etc. pls la!

    hakikatnya semua org ada masalah, bukan semua dilahirkan dalam dulang emas dan semua org punya cerita kepayahan sendiri. so, jgn gunakan semua tu sebagai alas an nak buat jahat. lps ni cuba la produser2 melayu atau david teoh buat cerita yang mengangkat successs story. I m sure, dgn garapan dan skrip yg baik, pasti boleh jual at the same time boleh bagi good moral pada masyarakat. bollywood dgn citer 3 idiot adalah salah tu bentuk transformasi filem bollywood, Malaysia pon boleh.

    0

    0
  30. Melati says:

    Budak2 tu bakal Mat Rempit..bila ramai berani…memang sial melayu2 camni bila ramai beranilah……melayu2 camni memang tk layak hidup kat muka bumi ni, kalau mereka ni keje gan Kerajaan ..habis bocor semua Rahsia…kena penampor skit bulu mak mereka dlm kain pun mereka citer..

    0

    0
  31. unknown says:

    Kes buli ni semua pihak memainkan peranan. Daripada ibu bapa, kawan-kawan, cikgu-cikgu, media dan masyarakat. Jangan ada yang bercakap jer tp buatnye tidak…ada pula bercakap pandai tapi dia yang lebih. Skrg bkn masa nak menunding jari sapa yang salah dan sapa yang betol, apa kata pihak berkenaan xkira la sapa pun mencari jalan untuk menangani masalah ni. kalau rs filem gengster salah satu faktornya…so, pihak artis, pengarah, dan si wardina ni buat la kempen ‘NO MORE GENGSTER FILM IN MALAYSIA’. At least, satu faktor da x berkurang…ye dak?? move move move…

    0

    0
  32. aku tak puas hati says:

    Yang cakap cikgu2 asyik makan gaji laa setakat meronda laa cikgu kaki tido laaa, korang ada benda tak puas hati pasal cikgu dalam hidup korang ke?? Jeles korang x keje cikgu?? Abis xkan keje cikgu setiap minit setiap saat nak meronda? Cikgu tu mcm dh xde keje lain ke 24 jam meronda?? Dalam satu2 masa, berapa byk bangunan n kawasan yg dia nak ronda?? Warden bkn byk, sorang dua je akan bertugas. Pastu, ingat budak2 ni tak ada akal ke nak menipu atau berlakon depan cikgu?? Cikgu pun manusia, bukan komputerrr. Masa korang darjah 2 ke 3 ke pun dah pandai tipu cikgu kan??Agak2 la nak salahkan cikgu 100% dlm isu nie. Kalau x tahu situasi keje cikgu, jgn nk menuduh2 macam nie sampai menampakkan kebodohan diri tu sendiri!!!

    0

    0
    • Bodo jgk rupanya says:

      Ekau ni pun bodo.
      Aku baca kat situ takda pun yg salahkan cikgu 100%.
      Ramai bagi idea jer.
      Adalah sorang dua yg salahkan, yg lain biasa saja.
      Kau sensitif dgn yg bagi pendapat n idea apsal, kau terasa ke.
      Kalau bukan kau yg pemalas n tak buat keje tu, relaks suda.
      Anggap saja itu ditujukan pada yg memang pemalas n tak buat keja.
      Bukan semua rajin dan berwibawa mcm kau.
      Siapa la tu yg jeles sgt ngan keje warden asrama, Warden je kot.
      Cikgu pun keje yg senang dapat.

      0

      0
  33. Biskut says:

    Ada sesetgh mak bapak skrg juga terlalu percaya dgn anak2. kdg kalo ade org lain cth sperti cikgu ker yg komplen psal anak dia, dia mati2 tak caya. ckp anak dia d rmh mendengar kata. ramai anak2 yg mcm tu skrg. d rmh pijak semut pun tak mati, tp d skolah mcm hantu. tak mcm mak bapak kita dulu2. asal ade kabar angin jer psal kita buat perangai kat skolah, mmg habis la kena ceramah kat rmh 7 hari 7 mlm.

    0

    0
  34. Anonymous says:

    knp nak slh’ filem gangster m’sia je….klau kita tgk dah belambak filem ganas dr luar dah dibw masuk ke malaysia…yg sbnrnya sikap bdk2 bodoh tu…yg nak marah sorang je tp yg lain tu cuma ‘pelakon’ tambahan je…penyedapkan cerita….

    0

    0
  35. IdaShazana says:

    ramai jugak yang jadi gangster sebab masa kecik dulu diorang selalu jadi mangsa. adik pernah kerja rumah anak yatim. penjaga yang selalu pukul budak2 sebab masa diorang kecik dulu penjaga selalu pukul. pengalaman hitam melekat dalam diri
    pernah komplen di talian Nur tapi macam kita pulak yang brsalah sebab report
    sedih bila ingatkan nasib diorang. last2 adik berhenti sebab tak tahan

    0

    0
    • Kesiannya says:

      Seriously?Kat mana tu..Report je…, Takleh biar2, kesan yg tak baik akan berkembang nanti..Dorang penjaga, dorang ajar dorang jaga tu bagus lah.
      Tapi jgn lah asyik nak pukul je, mentang2 anak yatim suka suki je.,jaga anak yatim tak boleh suka2 asal boleh macam tu tau..Dorang tak sayang ke budak2 tu..Buat mcm anak sendiri lah kalau betul nak jaga.
      Bukan semua boleh dilarang dengan pukulan..Sesekali boleh lagi tengok situasi dan kedegilan, kalau dah selalu boleh beri kesan tak baik nanti..

      0

      0
  36. Juan says:

    buli ini bukan saja berlaku dalam sekolah asrama sahaja, malah ianya berlaku di mana mana sekolah rendah sekolah menengah tapi pihak yg berkuasa menganggap ianya kes terpencil sahaja

    0

    0
  37. blakedexter says:

    Buat pertama kali I’m on the same page with her. Tp rsnye kalo nak letak 100% atas filem2 gangster ni, rs x adillah.. walaupun I sendiri rs, filem2 mcm ni x delah memberi pengajaran kepada umum. Filem antarabangsa pun sama jgk. Sekadar mempelbagaikan genre dan memeriah industri perfileman mungkin.. But again, ianya suatu faktor, kerana kdg2 bahasa yg digunakan, kalo silap perkiraan bole jadi ikutan yg x baik.

    Banyak faktor yg boleh sebab kan budak2 zaman skrg jd samseng. tp kalau nak diikutkan, senario samseng di skolah ni, dh mmg sejak dr zaman I skolah pun dah ada.
    Even dr zaman2 my senior pun, ms diorg junior pun dh ada dh geng2 samseng. so benda ni mcm suatu pusingan. bile senior samseng dh abis skolah, disambung oleh geng2 protege senior td. Tp rata2 bebdk yg jd samseng ni, mereka berusaha keras buat mcm2 yg x baik di skolah hanya utk nk masuk certain group demi nak dpt recognition, populariti dan respek , selain utk nak buat org lain takut dgn mereka. Kononnya cool lah, macho lah.. Tp to me, diorg ni just attention seekers. Tp bile mereka ni dh abis skolah, x delah ke mana pun samsengnya. melainkan ada dua tiga yg mmg dh bermasalah, mungkin dah terdedah dgn gejala sosial lain.

    And d kalangan mereka ni jgk, mungkin dh ada mslh attitude sejak dari kecil, dtg dr keluarga yg mmg dh bermasalah. so dh x boleh buat apa dah. memang family pun memainkan peranan, tp perlu ke nk Salahkan parents 100%? or Nak salahkan cikgu2? Uoll yg salahkan cikgu2 ni, dr golongan cikgu jgk ke? have u even try to handle a problematic child?

    Janganlah suke nau nak menjatuhkan hukum or even judge dan blame people. Ada baiknya doakan agar mereka ni ditunjukkan jalan yang benar oleh Allah, dan biar Allah saja Menghukum dan Mengadili mereka..

    0

    0
  38. orang biasa says:

    Saya sokong 100% hujah wardina.
    Lagi satu jangan letakkan tanggunjawab di atas ibu bapa sahaja. Media masa pengaruh paling besar pada anak-anak. Memang, kami ibu-bapa melakukan apa yg terbaik utk anak-anak. Media masa juga harus memainkan peranan. Pengeluar filem jgn fikir untung saja,

    0

    0
  39. pasacasameasaroasa says:

    didikan di rumah kena baik..datang la apa anasir jahat dr luar pun, kalau baik dalamannya, baik lah kelakuannya..apa la nak kecoh pasal filem..lagipun wardina sendiri berasal dr lumpur yg sama..bukan kah tidak manis bila wardina bercakap mcm ni..lebih elok buat saranan pada yg perlu memandangkan wardina lebih tahu siapa target point nya..melempar kenyataan kurang berasas serta kurang relevan nampak jelek..kenapa majority rakyat yg dah berpuluh tahun hidup menonton pelbagai jenis drama, filem, cerita2 akhbar dan lain2 tak terjebak pun jadi pembuli? wardina kena lebih bertanggungjawab dgn penulisannya..sbb wardina selebriti..apa ditulis dibaca pengikut, peminat, etc..jd bertanggungjawab lah bila menulis..

    0

    0
  40. orang says:

    part ni saya setuju. Filem adalah merupakan salah satu penyebab selain drpd didikan ibu bapa dll.

    0

    0
  41. Librarian says:

    Kali ni saya setuju dengan Wardina. Bukan sebab kita ni perempuan kita rasa kasihan melampau, tapi saya sendiri pernah merasai perasaan ingin menjadi seperti watak utama didalam sesebuah rancangan sewaktu kecil. Media sgt2 memainkan peranan yg tinggi. Terutama kanak2 yang sedang membesar. Mereka takkan terkesan pun dgn akibt buruk di setiap penghujung cerita. Mereka cuma ada perasaan ingin berlagak besar. Patut pun sekarang ramai budak2 kecik bawak moto mcm lagak rempit walaupun dikampung. Semua kerana ingin dipandang seperti org dewasa. Mereka mahukan perhatian. Wallahualam.

    0

    0
  42. farihin says:

    KATA RAPPER TERKENAL EMINEM…

    “MAK BAPAK YANG SALAH DIDIK…
    JANGAN SALAHKAN LAGU AKU PENYEBAB ANAK KAU JADI JAHAT…”

    TO WARDINA… TOLONG HINDARKAN PERASAAN RIAK DALAM DIRI ANDA..

    BISIKAN SHAITON JE TU..

    LEBIH BAIK DIAM DAN BERZIKIR..

    DAN BERDOA BANYAK2 LEBIH AFDAL

    DARI BELAGAK JADI USTAZAH TAK BERTAULIAH…

    0

    0
  43. Anonymous says:

    Nasihat rapper terkenal eminem kau ikut. kalau nasihat ustaz2 sedap sikit nk dgr. :) peace.

    0

    0
  44. Anonymous says:

    I pun setuju filem gangster salah satu faktor mempengaruhi remaja membuli…
    Another faktor adalah pengurusan asrama, selalu nak seep under the carpet , kalo ada kes buli x ada lebam atau luka x nak siasat kekadang settle that internally

    0

    0
  45. anonymous says:

    cantik wardina… mesti bulu puki wardina tak lebat… fap fap fap!

    0

    0
  46. Nak Aman2 Je says:

    Skg semua deria kena tajam utk mengesan pembuli yg dibuli.
    Jgn biar perkara seperti ini menjadi kudis dalam kehidupan masyarakat kita

    0

    0
  47. scha bakal hidung mancung says:

    hang nk jadi gengster pi palestin,bru anak jantan,,pahala pun dapat..yg hang duk tibai anak org x tntu pasai awat? hang ingat mak pak depa x susah ka dari saat mlahirkan ,mmbesarkan..!!pikir guna akai la,hati kayu.. lara alana jgn jd gengster yer,,,dont teach my parents how raise me xleh pakai,kita sesama manusia saling mmerlukan,,

    0

    0
  48. MFBO says:

    ni semua bkn pasal filem atau ape..yg masalah utama ialah ibu bapa tu sendiri..kat rumah kena main peranan..banyakkan komunikasi dgn anak2..jangan balik keje trus senyap je..tanya mcmane perkembangan anak2 kt sekolah, dgn sape die berkawan..bukan tau nak tdo awal pastu bangun pagi mandi wajib..tau nak sedap je..ambik tugas sebagai ibu bapa betul2 la..kan anak tu amanah

    0

    0
  49. Pelik says:

    Filem tak salah sebenarnya,pemikiran dan pendidikan tu yang jadi panduan utama budak-budak.Nak ke industri perfileman kita buat filem pasal benda baik dan tak logik je.nanti kome jugak yang bosan lepas tu kutuk industri tak creative la apa la.

    maaf hanya pendapat.

    0

    0