Kes B*li Di IKBN Miri: KBS Tidak Akan Kompromi, Pelajar Terlibat Akan Digantung Atau Dibuang

Berita

Kes B*li Di IKBN Miri: KBS Tidak Akan Kompromi, Pelajar Terlibat Akan Digantung Atau Dibuang

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi respon terhadap video yang tular memaparkan kejadian di mana sekumpulan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri melakukan tindakan kekerasan fizikal terhadap seorang pelajar lain.

Menurut laporan, KBS menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan membuang pelajar yang terbabit dengan kegiatan buli.

Advertisement

KBS memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

IKBN Miri

Tulis KBS, buli bukanlah sekadar salah laku individu tetapi juga ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat. Justeru, tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan atau dibuang akan diambil terhadap pelaku tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.

KBS menegaskan bahawa tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Dalam pada itu, KBS juga memaklumkan siasatan awal sudah dilakukan dan mendapati kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 4.30 petang.

Menurut KBS, pihak IKBN Miri hanya menerima laporan menerusi media sosial pada hari ini dan terus mengambil tindakan siasatan segera termasuklah menjalinkan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kejadian buli di IKBN Miri
2025-09-23 10:38:50

(VIDEO) Tular Rakaman Kejadian B*li Di IKBN Miri, Pelajar Dihentak Kemaluan Pada Palang Besi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...