Kes Bas Rapid Langgar 7 Kenderaan, Pemandu Bawah Pengaruh Dadah

Trending

Kes Bas Rapid Langgar 7 Kenderaan, Pemandu Bawah Pengaruh Dadah

Tular di media sosial satu video seorang pemandu bas melanggar 7 kenderaan di Jalan Ampang berdekatan Ampang Point semalam.

Advertisement

Sebelum kejadian tersebut, difahamkan pemandu bas berkenaan terlebih dahulu telah terlibat dalam satu lagi kemalangan lain. Dia melanggar sebuah gerai burger tepi jalan dan dua buah kenderaan lain di AU Keramat.

Menurut seorang yang mengaku sebagai saksi, bas tersebut cuba mengelak sebuah motor yang ingin keluar dari simpang lampu isyarat lalu terbabas dan terlanggar bucu gerai tersebut.

Pemandu bas berkenaan kemudian berhenti di lokasi kejadian untuk memeriksa kerosakan gerai burger terbabit dan keadaan seorang wanita dan bayinya.

Pemandu itu juga dikatakan panik kerana dikejar sekumpulan lelaki akibat kejadian di Keramat itu, dan bertindak melarikan diri dan memandu secara berbahaya. Tetapi pemilik gerai burger berkenaan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan yang dia dan beberapa orang lagi lelaki telah memukul dan membawa senjata tajam ketika mengejar pemandu tersebut.

“Memang kami berempat kejar, tapi kami tak pukul dia, malah kami tidak bawa apa-apa senjata tajam atau kayu”

Pemilik gerai burger tersebut, Muhammad Azri, baru pulang dari kerja ketika kejadian itu berlaku dan dia mengejar mangsa dengan berkaki ayam dan tidak memakai baju.

“Malah, hanya kami berempat yang mengejarnya, bukan ‘sekampung’ seperti didakwa. Memang ketika kejadian penduduk flat ramai keluar untuk melihat kejadian kerana bunyi dentumannya sangat kuat”

Dia telah membuat laporan polis berkaitan kejadian ini. Pihak polis juga telah berjaya menahan pemandu bas tersebut yang kini telah dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialami olehnya kerana di belasah oleh orang awam.

Dan yang paling terbaru, polis telah mengesahkan pemandu berusia 32 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...