Kes Aminulrasyid : “Kenapa Pulak Saya nak Mohon Maaf?” – KPN

Trending

Kes Aminulrasyid : “Kenapa Pulak Saya nak Mohon Maaf?” – KPN

Screen Shot 2016-03-25 at 9.09.48 PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak akan mohon maaf dan tidak akan meletak jawatan berikutan kes Aminulrasyid.

Advertisement

Beliau menegaskan perkara itu dalam sidang media pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 Tahun 2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Pasal apa pulak saya nak mohon maaf? Takde, tidak, saya tidak akan mohon maaf,” katanya ketika ditanya oleh wartawan.

Selain itu, Khalid juga berkata dia tidak akan meletak jawatan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu beliau berbuat demikian.

Semua mahu desak saya letak jawatan. Tetapi mereka bukannya bos saya.”, kata beliau yang merupakan Ketua Polis Selangor ketika kes Aminulrasyid berlaku.

Khalid berkata sedemikian mengulas kenyataan pemimpin pembangkang dan aktivis NGO yang mahu beliau bertanggungjawab atas insiden tersebut, termasuk sidang akhbarnya yang mengelirukan.

Pada pagi 26 April 2010, Koperal Jenain Subi melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki oleh Aminulrasyid di Shah Alam.

Malaymail Online melaporkan, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya menyebut Khalid “memberikan sidang akhbar bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh Jenain”.

Keluarga Aminulrasyid Amzah, semalam menerima gantirugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...