Kerusi Tak Muat Masuk Pintu Rumah, Pintu Pula Dikerjakan

Trending

Kerusi Tak Muat Masuk Pintu Rumah, Pintu Pula Dikerjakan

Seperti yang kita tahu, pastinya selalu kita lihat orang yang melakukan ubahsuai atau renovation pada rumah mereka. Tidak kisahlah sama ada ubahsuai yang berskala kecil mahupun yang besar. Ia adalah terpulang pada kemahuan dan permintaan sendiri oleh individu tersebut.

Membuat renovation rumah sebenarnya bagus kerana ia mampu memberikan keselesaan yang lebih buat kita sekeluarga serta mampu mengubah kondisi rumah menjadi seperti seakan rumah yang baru.

Advertisement

3 years ago

Pencinta Haiwan Habiskan Puluhan Ribu Ringgit Ubahsuai Kediaman Jadi "Rumah Kucing"

Namun begitu, kos untuk membuat renovation ini bukanlah sedikit. Kadangkala, ia boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit mengikut permintaan serta kos bahan yang diperlukan untuk mengubah suai rumah tersebut.

Disebabkan itu, terdapat individu yang bertindak melakukan renovation rumah dengan menggunakan kudrat serta tenaga badan sendiri. Dalam erti kata lain, mereka tidak mengupah kontraktor untuk mengubah suai rumah kerana ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos melakukan renovation tersebut.

Lelaki sanggup potong pintu rumah semata-mata nak masukkan kerusi

Baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama ibnukhalid_00 yang memaparkan cara seorang lelaki yang ingin memasukkan kerusi bangku di pintu rumahnya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu ingin memasukkan kerusi bangku ke dalam rumahnya. Namun, disebabkan pintu rumahnya kecil, kerusi bangku tersebut tidak muat untuk dimasukkan ke dalam rumahnya.


Dek kerana lelaki tersebut tidak dapat memikirkan bagaimana nak masukkan kerusi itu, dia telah melakukan solusi di luar jangkaan. Sebenarnya kerusi itu boleh dimasukkan sekiranya dia menukar posisi dari melintang kepada menegak tetapi dia memilih untuk menggunakan cara yang lain.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila lelaki itu memilih untuk memotong pintu gril rumahnya supaya menjadi lebih besar sebagai solusi untuk masukkan kerusi tersebut.

Setelah selesai memotong pintu tersebut mengikut garisan yang telah dilukis, akhirnya dia berjaya memasukkan kerusi itu ke dalam rumahnya.

Level kepandaian abang ni kan ayah pin pun kalah hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 5.7 juta tontonan, 563.9 ribu tanda like dan 36.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat cara lelaki itu menyelesaikan masalahnya.

Lelaki masukkan kerusi dalam rumah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki masukkan kerusi dalam rumah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan lelaki tersebut sememangnya sudah rancang untuk membuat renovation rumah, jadi disebabkan itu dia bertindak merakam perkongsian video itu untuk content di TikTok.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan tahap kepandaian lelaki ini untuk menyelesaikan masalahnya itu adalah kerana dia disuntik vaksin di kepalanya. Ada-ada saja lah korang ni!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...