Kerugian RM 100K Ditipu Tawaran Konsert Di London, Estrange Tetap Saman Wanita

Hiburan

Kerugian RM 100K Ditipu Tawaran Konsert Di London, Estrange Tetap Saman Wanita

Tanyalah sesiapa yang bergiat dalam industri seni, adakah mereka akan melepaskan peluang untuk mengadakan persembahan di kota London? Begitu juga dengan kumpulan Estranged, yang menerima tawaran dari seorang wanita untuk mengadakan konsert di ibu kota England itu.

Namun begitu, setelah menghabiskan kos persiapan yang mencecah RM 100,000, mereka dikejutkan dengan berita bahawa tawaran tersebut hanya satu penipuan.

Advertisement

Sehubungan itu, Estranged telah bertindak memfailkan saman terhadap wanita itu kerana menipu mereka. Berita Harian Online melaporkan, walaupun Estranged telah memaafkan wanita itu mereka akan teruskan dengan tindakan saman. Salah seorang ahli Estranged,  Solihuddin Hormat atau Din, 33, memberitahu:

Buat masa ini, proses mahkamah mengambil sedikit waktu. Kami dimaklumkan, wanita terbabit sedang menjalani hukuman atas kesalahan lain. Selepas ini, kita tunggu penyelesaiannya.

Kalau boleh, kami tidak mahu melakukan tindakan sebegini. Tetapi negara kita ada undang-undang, jadi biar mahkamah yang menentukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Lambat atau cepat proses itu bukan isu kerana paling penting, kes ini diselesaikan. Kalau boleh, kami pun harap ia dapat dipercepatkan, namun kita perlu ikut saluran yang betul.

Estranged yang ditubuhkan sejak 2001 juga dianggotai Richard Lawrence Gimbang, 35, selaku vokalis dan pemain gitar, Nor Hanafi Noor Hadi, 34.

Pada Januari lalu, Estranged dikatakan memfailkan saman terhadap Eziana Abdul Aziz, 35, di Mahkamah Tinggi kerana melakukan penipuan berhubung tawaran mengadakan persembahan di Konsert Apple London Music Festival di London pada 25 Disember 2017.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kumpulan itu mendakwa Eziana sebagai defendan menawarkan Estranged untuk mengadakan persembahan di London untuk Apple London Music Festival yang diselenggarakan Apple London Music serta berkaitan dengan syarikat Apple.

Estranged kemudian mendapat tahu, surat jemputan berserta dokumen lain yang berkaitan adalah palsu.

Kerugian yang ditanggung oleh Estranged adalah meliputi kos persiapan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia dan kemeja-T yang dijalankan selama dua bulan. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

14 Comments

  1. miamore

    April 11, 2018 at 4:00 pm

    komen pun susah nak dapat….apatah lagi yang nak beli tiket konsert korang…

  2. jangan kecam tau, sekadar pendapat

    April 11, 2018 at 2:58 pm

    em masalahnya kan.. yang aku pelik sekarang ni..
    group ni bukan boleh fikir ke yang.. group dia orang tak lah top mana, melainkan waktu selepas keluar af dulu? * ke aku yang rasa?*
    dan nak ikut logik… group yang top teruk di malaysia ni pun.. jarang buat konsert dekat luar negara, apatah la lagi group ni..
    siapa je yang nak datang dan… kalau ada pun, student kita dekat sana jelah..
    kalau yang duduk sini nak datang konsert semata mata, aku rasa tidaklah kut.. mungkin segelintir je kut?

    • Orgil

      April 11, 2018 at 3:41 pm

      kekadang ada grup yg xfemes kat Malaysia tapi femes kat luar negara.
      Mungkin jugak dorang fikir nak lebarkan sayap kat luar negara, tu yg tak fikir panjang sangat masa accepting the deal.

  3. Anonymous

    April 11, 2018 at 1:43 pm

    Manusia dah x kira..harampun di kebas utk menyambung hidup dgn kemewahan hasil dri menipu org..”adakah anda tenteram dn lena tidur malam jika menganiyai org”. Anda boleh menipu dn buat sesuka hati jika dunia ni kamu yg pegang.,adakah kamu tahu wahai si penipu, Allah itu mencipta 1 Matahari dan 1 Bulan di mana semua manusia menikmati pemberianNYa..dn bukan utk kamu seorang yg menikmati pemberian Allah itu. Maka anda tidak boleh lari dri menerima balasan.

  4. Anonymous

    April 11, 2018 at 12:14 pm

    melati ngek ngok ngaku dier kaya raya. duit haram dier boleh sponsor ko buat concert……..

    • wannabe

      April 11, 2018 at 1:01 pm

      kan.. takut habis duit bayar duit lawyer je..

  5. benci_orang_hipokrit

    April 11, 2018 at 12:10 pm

    Kesian, lain kali tawaran seumpama ini perlu disiasat sama ada benar atau tidak. Wanita tersebut sedang menjalani hukuman pemenjaraan, macam mana korang nak saman? Silap2 haribulan dipenjara untuk kes penipuan yang lain. Jenuhla nak menunggu. Nak saman 100 ribu, kalau dah nama banduan, mana nak cari duit bayar balik tuntutan kerugian korang tu? Haish…

    • minah jambu say NO to drugs

      April 11, 2018 at 2:46 pm

      kenape orang2 ni suka tipu for nothing ?? suka tengok orang kecewa marah sedih di tipu kenape ? hepening eh ??? itu pompan kalau tk tau ape nak buat gi la kt lorong2 kenape mesti nak tipu orang ! bis nanti kt makamah tk mengaku bersalah gitu !! musibatul punye pompan !! saman aje jangan kasi muka sama itu pompan saman rabak2 kasi dia huh !

Loading...