Pasangan sama cantik sama padan Izara Aishah dan Adib Khalid telah menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim untuk majlis pernikahan mereka
.
Namun begitu, cakap-cakap yang timbul ialah kerudung atau penutup kepala yang dikenakan Izara terlalu keras. Ada yang secara sinis mengatakan Datuk Rizalman terlupa merendam penutup kepala tersebut dengan pelembut fabrik dan ada juga yang lebih brutal mengatakan Rizalman menggunakan kain lapik meja.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Berikut ialah komen yang ditinggalkan di Instagram Rizalman:
Namun penulis tertarik dengan komen seorang pengguna Instagram yang mengatakan apa yang dikenakan oleh Izara bukan veil, sebaliknya kerudung yang juga sering digunakan dalam perkahwinan melayu klasik serta perkahwinan orang India.
Apa pun, penulis nampak okay saja Izara mengenakan kerudung tersebut, kerana ia berbeza dan klasik. Tambahan pula yang mengenakannya ialah Izara yang cantik manis. Kalau penulis yang pakai memang tak secantik dia rasanya.
Walaupun menerima kritikan Netizen, mereka yang arif mengenai high-fashion menjangkakan kerudung Izara bakal menjadi trend ikutan ramai yang dicetuskan melalui majlis pernikahan ini.
Sekali lagi tahniah diucapkan buat Izara dan Adib. – beautifulnara.com