Kertas Siasatan Kes Kerugian FashionValet RM43.9 Juta Selesai – “Keputusan Akan Diperoleh Dalam Masa Terdekat”

Trending

Kertas Siasatan Kes Kerugian FashionValet RM43.9 Juta Selesai – “Keputusan Akan Diperoleh Dalam Masa Terdekat”

Dalam perkembangan terbaru kes siasatan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta, kertas siasatan sudah pun dilengkapkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan terbabit sudah diserahkan kepada bahagian perundangan.

Advertisement

Kertas siasatan ini diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan. Keputusan berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa yang terdekat.

Fadza Anuar dan Vivy Yusof dipanggil SPRM

Terdahulu, kes kerugian ini menarik perhatian rakyat dan ramai mendesak agar pengasas FashionValet, Datuk Fadza dan Datin Vivy Yusof disiasat.

SPRM kemudian mengesahkan pihak mereka mengesan beberapa transaksi mencurigakan yang berlaku sejak 2018 hingga tahun lepas.

Kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB turut dirampas SPRM bagi membantu siasatan.

beg tangan Vivy selalu shof off di IG kena siasat
3 weeks ago

FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...