Kertas Siasatan Al Jazeera Dan Md Rayhan Telah Dihantar ke Pejabat Peguam Negara

Trending

Kertas Siasatan Al Jazeera Dan Md Rayhan Telah Dihantar ke Pejabat Peguam Negara

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa kertas siasatan berkaitan dokumentari yang disiarkan agensi berita Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara pada petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, menyatakan kertas siasatan terhadap warga Bangladesh Md Rayhan Kabir, 25, turut diserahkan bagi tindakan lanjut.

Advertisement
Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari yang telah menjadi kontroversi hangat di negara ini. Dokumentari itu didakwa berniat memburuk-burukkan negara dengan mengecam layanan Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.”

Polis sebelum ini telah merakam keterangan Md Rayhan dan enam kakitangan dari Al Jazeera bagi membantu siasatan kes itu.

Selasa lalu, polis turut menggeledah tiga lokasi di ibu negara membabitkan stesen penyiaran Al Jazeera, Astro dan UnifiTV.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan tempoh reman Md Rayhan disambung 13 hari bermula esok.

Menurutnya Mahkamah Khas Kes Pendatang Tanpa Izin (PATI) Semenyih, Selangor telah membenarkan permohonan reman itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejakinya.

Menurut Khairul Dzaimee lagi, pas lawatan kerja Md Rayhan sudah ditamatkan dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini selama-lamanya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...