Seperti yang ramai tahu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kini berada di Sabah untuk program ‘Kembara Kenali Borneo’.
Menerusi rakaman di TikTok, gelagat YDP Agong kita dan Tunku Azizah menyantuni rakyat di sebuah gerai meraih perhatian ramai warganet.
Apa yang menjadi bualan mereka adalah apabila Tunku Azizah begitu santai berborak sambil mengunyah keropok milik peniaga itu.
Kebanyakn warganet memuji YDP Agong dan Tunku Azizah yang sememangnya disukai ramai rakyat kerana sifat rendah diri dan tidak kekok untuk makan di gerai biasa untuk berjumpa dengan penduduk.
Beruntung rakyat jelata dikurniakan YDPA dan Tuanku Permaisuri yang berjiwa rakyat.