Written by AbangNara | October 9th, 2013

Abang Nara memang suka benar dengan Fasha Sandha sejak dirinya bergelar ibu. Memang terserlah sifat keibuan. Nampak sangat pandai menjaga anak, nampak lebih matang, lebih caring dan sangat bahagia di samping keluarga tercinta. Senang cakap, tiada lagi kontroversi yang melanda dirinya.

fasha sandhaDan semestinya apabila sudah ada bekeluarga dan mempunyai cahaya mata, kerjaya dan publisiti kini menjadi nombor 2 buat Fasha Sandha. Memang makin respek dibuatnya apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Fasha. Terserlah betapa Fasha adalah seorang “family woman”. Kata Fasha kepada MalaysianDigest:-

Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.

Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya

fasha sandha

Secara jujur, Abang Nara lihat imej dan pandangan orang ramai terhadap Fasha Sandha sejak bekeluarga ini semakin meningkat baik. Memang makin ramai peminat yang jatuh hati melihat cara Fasha menjaga Rayfal. Makin ramai yang gembira melihat kebahagiaan keluarga Fasha Sandha. Sama-samalah kita doakan agar ia berterusan. Semoga Rayfal lepas ini dapat adik cepat-cepat. Mesti lagi meriah dan menarik dibuatnya.

P.S: Honda Jazz Type R Hibrid bakal dilancar tahun 2015

76 responses to Kerjaya Dan Publisiti Kini Nombor 2 – Fasha Sandha