Kerjasama IFLIX Dan FMLLP Cipta Revolusi Baru Sukan Bola Sepak Malaysia ?

Trending

Kerjasama IFLIX Dan FMLLP Cipta Revolusi Baru Sukan Bola Sepak Malaysia ?

Football Malaysia LLP semalam telah mengumumkan bahawa akan bekerjasama dengan iFlix, peneraju hiburan terkemuka di dunia untuk pasaran baharu untuk membawa penstriman secara langsung perlawanan Liga Malaysia.

Bermula perlawanan Sumbangsih yang akan berlangsung pada 3 Februari ini, peminat bola sepak di Malaysia boleh menyaksikan kesemua 132 perlawanan Liga Super melalui saluran ‘Football Malaysia’ yang akan disediakan di platform iFlix.

Advertisement

Kerjasama ini turut menyaksikan kesemua perlawanan Piala Malaysia, tujuh perlawanan Piala FA (dari peringkat suku akhir) dan juga perlawanan Liga Premier yang terpilih (satu perlawanan setiap minggu) boleh disaksikan secara langsung di iFlix. Untuk tahun ini, kesemua perlawanan tersebut boleh disaksikan secara percuma jika anda merupakan pelanggan iflix.

Memetik kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkata,

“Saya percaya dan menyokong penyatuan dan kesederhanaan di negara kita. Bola sepak adalah sukan rakyat. Ia membawa kita bersama-sama, dan membantu menyatukan kita,”

“Rakyat Malaysia di mana sahaja patut menikmatinya tanpa sekatan. Dengan iFlix, kami menjumpai rakan dengan matlamat untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat dan mengembalikan kegemilangan lampau,” tambah Tunku Ismail.

Melalui kerjasama ini, iFlix dilihat akan membuat pelaburan sebanyak RM 300 juta ringgit untuk menghasilkan pelbagai konten menarik berkenaan Liga-M, selain menyediakan penstriman secara langsung.

“Kerjasama dengan FMLLP ini mewakili apa yang sebenarnya kami cipta iFlix untuk dicapai. Bersama-sama, kami akan mendemokrasikan permainan, menjadikan bola sepak tersedia untuk peminat buat pertama kalinya, tidak kira lokasi geografi dan status kewangan,” kata Patrick Grove, Pengerusi dan Pengasas Bersama Kumpulan iFlix.

Melalui perjanjian ini, peminat bola sepak Malaysia perlu membayar RM10 sahaja untuk menjadi pelanggan iflix sebelum menyaksikan perlawanan Liga-M secara percuma.

“Dunia kita sedang berubah dengan ketara. Kini, Malaysia hanya mempunyai 8 juta TV di seluruh negara, berbanding dengan 20 juta telefon pintar. Jurang tersebut dijangka akan meningkat dalam tahun-tahun yang akan datang.”, ujarnya.

Menerusi tinjauan kami di laman facebook FA Malaysia Official, rata-rata netizen dan peminat bola sepak Malaysia menyatakan sokongan serta menyambut baik perkembangan terbaru ini.

Pada pendapat kami, kerjasama ini adalah satu jalinan yang bakal memberi impak yang tersendiri.

Selain dapat menghimpunkan para peminat bola sepak tanah air di Malaysia, dalam pada masa yang sama jumlah langganan Iflix dijangkakan akan makin meningkat.

Iflix selepas ini bukan sahaja menawarkan pelbagai cerita menarik yang boleh ditonton, malah turut menawarkan saluran sukan yang menjadi tumpuan utama kebanyakan rakyat Malaysia.

Sumber : FA Malaysia Official , Football Tribe Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...