Kerja Susah & Berjawatan Rendah, Punca Ramai Tak Minat Kendali Jentera Berat?

Trending

Kerja Susah & Berjawatan Rendah, Punca Ramai Tak Minat Kendali Jentera Berat?

Kekurangan pengendali mesin dan jentera berat di dalam negara ini memaksa kontraktor serta peniaga “melanggar peraturan dan mengambil risiko” menggunakan pekerja asing untuk melakukan kerja penting itu.

Advertisement

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong dipetik China Press berkata, sektor pembinaan serta PKS masing-masing berdepan masalah kekurangan 30% dan 50% pengendali mesin serta jentera berat.

Beliau berkata, PKS kekurangan lebih 50% pengendali tempatan profesional yang memaksa mereka menggunakan pekerja asing tiada pengetahuan dan kemahiran mengendalikan mesin berat, bagi meneruskan pengeluaran atau mengejar tarikh akhir.

Katanya, kerajaan menetapkan hanya pekerja tempatan yang mempunyai sijil kemahiran profesional boleh mengendalikan mesin atau jentera berat, oleh itu pihaknya tidak menggalakkan pengusaha mengambil risiko dengan menggunakan pekerja asing melakukan kerja penting itu.

Menurutnya lagi, gaji pengendali profesional jentera agak tinggi, tetapi syarat ialah mereka perlu mempunyai sijil profesional berkaitan dan rakyat tempatan yang memenuhi syarat enggan berbuat demikian.

Difahamkan, walaupun gaji agak tinggi, namun orang tempatan enggan menjadi pengendali jentera berat kerana kerja itu susah dan pangkat jawatan yang rendah.

Sehubungan itu, Kang berkata, pihaknya mahu bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk menggerakkan latihan pendidikan, selain meningkatkan pengetahuan pekerja daripada segi keselamatan dan kesihatan serta menggalakkan mereka yang berpengalaman mendapatkan sijil profesional.

Beliau berkata, majikan membenarkan pekerja asing mengendalikan mesin atau jentera berat sudah tentu melanggar peraturan dan mereka boleh dikenakan denda atau dihukum penjara.

Dalam kejadian 7.20 malam Khamis itu, Chin Khoon Sing maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan, selepas dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel dalam pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion.

Seorang pekerja Indonesia yang disyaki mengendalikan kren itu dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dan pihak berkuasa sedang memburu suspek terbabit.

Sumber Berita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...