Kerja Keras Ibu Bapa! Yuran Tadika & Taska Dijangka Naik Sebanyak 25% Mulai Tahun Hadapan

Kehidupan

Kerja Keras Ibu Bapa! Yuran Tadika & Taska Dijangka Naik Sebanyak 25% Mulai Tahun Hadapan

Susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 pada tahun hadapan seperti yang diumumkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, kadar yuran tadika dan taska seluruh negara dijangka mengalami kenaikan sehingga 25%.

Lapor Berita Harian, Persatuan Tadikan Islam Malaysia bersama pengusaha tadika dan taska berdaftar Malaysia mengesahkan kenaikan tersebut susulan peningkatan kadar kos operasi.

Advertisement

Yuran tadika dan taska dijangka naik 25%

Namun, kenaikan yuran tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Sebenarnya PERTIM sudah membuat unjuran awal kenaikan gaji minimum sehingga RM2,000 sebulan secara berperingkat untuk beberapa tahun akan datang, namun ahli kami tidak jangka penguatkuasaan gaji minimum baharu RM1,700 akan berlaku seawal tahun depan.

Notis yuran tahun hadapan sebenarnya sudah diberikan kepada ibu bapa, namun dengan pengumuman pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan mulai Februari depan, ahli PERTIM terpaksa mengeluarkan notis baharu yuran membabitkan kenaikan antara hingga 25 peratus, mengikut lokasi kawasan tadika.

Seramai 1,000 ahli kami yang juga pengusaha tadika di seluruh negara sebenarnya tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan operasi tadika. Kita jangka, pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa berdepan kemungkinan menutup operasi mereka kerana kos yang terlalu tinggi untuk ditanggung.

Apatah lagi, kos operasi tadika swasta 100 peratus adalah daripada bayaran yuran yang dibayar ibu bapa. Kenaikan kos operasi tadika sudah berlaku sejak selepas tamat Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) lagi namun menjadi lebih ketara sejak tahun lalu susulan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Pengerusi Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, Hazman Sapawi, mengesahkan bahawa 500 tadika di negeri ini akan menaikkan yuran akibat kenaikan gaji minimum RM1,700. Beliau menjelaskan bahawa pelarasan gaji kakitangan, terutama guru, akan menambah kos sebanyak RM229.90 sebulan, yang merangkumi gaji minimum dan peningkatan caruman KWSP, PERKESO, dan SIP.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gaji minimum
4 weeks ago

Majikan Di Kelantan, Perlis & Sabah Bakal Berdepan Kesukaran Bayar Gaji Minimum RM1700

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...