“Kerja F&B Dulu Baru Sembang” – Individu Kritik Pengusaha Mi Claypot Biar Dapur ‘Berkerak’, Ramai Yang ‘Backup’

Kehidupan

“Kerja F&B Dulu Baru Sembang” – Individu Kritik Pengusaha Mi Claypot Biar Dapur ‘Berkerak’, Ramai Yang ‘Backup’

Satu perkongsian media sosial di Twitter baru-baru ini menjadi tumpuan netizen gara-gara seorang individu memuat naik tangkap layar video memaparkan dapur sebuah restoran yang belum dicuci.

Kata individu itu, dia berasa geli melihat keadaan dapur yang mempunyai kesan hitam dan berminyak dipercayai akibat minyak dan sisa makanan yang tumpah ketika disediakan tukang masak.

Advertisement
TikTokSumber : TikTok  

Lepas habis niaga baru cuci ke? Takde selera terus nak order. Geli.

Difahamkan, restoran tersebut merupakan restoran terkenal di Utara tanah air yang terkenal dengan masakan mi claypot dan sizzling.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpanggil untuk memberikan komen dan rata-ratanya membela pengusaha restoran terbabit.

Kata mereka, normal untuk peniaga mencuci bahagian dapur di akhir waktu berniaga kerana tidak sempat untuk berbuat demikian apatah lagi ketika pelanggan tengah beratur dan ramai.

@helmie6916

Membalas kepada @fzlynntsh

? Perjalanan Hidup – Ricky Dores

Bukan tak cuci langsung satu hari tu kan? Warna gelap-gelap tu kuah sizzling tumpah. Nak lap, panas sangat pulak. Dah ramai orang, tak sempat nak cuci setiap kali. I masak kat dapur biasa pun dah settle semua baru sekali harung cuci.

Netizen juga menambah bahawa pemilik restoran berkenaan kerap membuat ‘live’ di Tiktok dan menunjukkan mereka mencuci dengan sehabis baik setelah habis berniaga.

Nak tweet tak salah sis/bro. Try dulu masuk live dia tengok. Bukannya kotor dia tak cuci.

Malah, kedai berkenaan turut diberikan tahap kebersihan Gred A daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

goyah konoha
1 year ago

Suami Umur 16 Tahun Baru Lepas Khatan, Isteri Dedah Perkahwinan Dah Goyah - "Mak Dia Suruh Cerai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...