Kerja Dari Rumah Lebih Efisien & Mudah Bersama HUAWEI Matebook 13 Series– Peneraju Komputer Riba Dengan Trend Terkini

Teknologi

Kerja Dari Rumah Lebih Efisien & Mudah Bersama HUAWEI Matebook 13 Series– Peneraju Komputer Riba Dengan Trend Terkini

Sepanjang PKP ini, bekerja dari rumah/luar pejabat sudah menjadi lumrah kepada kita, tanpa mengira sama ada anda seorang usahawan muda  ataupun seseorang yang baru berjaya memperolehi pekerjaan pertamanya. Dengan banyak mesyuarat yang perlu dihadiri tanpa mengira tempat serta perlu menyiapkan kerja pada bila-bila masa di mana sahaja, mempunyai sebuah komputer riba yang sesuai adalah AMAT PENTING.

Advertisement

Dicipta dengan sempurna untuk semua orang terutamanya para usahawan dan para‘First Jobbers’, HUAWEI Matebook 13 yang telah dipertingkatkan mutunya adalah pendamping sesuai untuk anda ketika bekerja dan ia PASTI dapat meningkatkan produktiviti dan bersedia membantu dalam apa jua keadaan yang mendatang. Komputer riba mudah alih ini beserta dengan pemprosesan Intel Core Generasi ke-10, 16 GB RAM dan menyokong Paparan HUAWEI FullView 13 -inci 2k. Senang cakap, komitmen HUAWEI untuk menghasilkan sebuah komputer riba sempurna, penuh berkuasa dan bergaya telah berjaya direalisasikan menerusi HUAWEI Matebook 13 Series ini.

Ok jom tengok bagaimana HUAWEI Matebook 13 ini akan membantu dalam memastikan kita semua, terutamanya para usahawan dan “first jobbers” kekal efektif dan produktif dalam menyelesaikan urusan kerja sepanjang PKP ini.

Siapkan kerja dengan lebih efisien

Mampu melakukan dan melihat dengan lebih banyak adalah sangat penting untuk menyelesaikan kerja anda dengan cekap. Menggunakan sistem operasi Windows 10, HUAWEI Matebook 13 serba baharu ini mempunyai paparan skrin yang amat mengagumkan dengan nisbah “screen-to-body” FullView Displaynya sebanyak 88%, membolehkan anda melihat segala-galanya dengan lebih jelas.

Tidak dilupakan 3:2 screen ration komputer riba ini adalah sempurna untuk pengalaman visual yang mendalam ketika anda membaca tentang maklumat pelanggan, mencari gambar yang tepat untuk dimasukkan ke dalam kertas cadangan, menyunting video dan sebagainya.

huawei matebook 13

Lebih mengagumkan, HUAWEI Matebook 13 juga mempunyai skrin sentuh yang mempunyai berketepatan tinggi, sekaligus membolehkan kita menggunakan jari untuk melakukan sesuatu kerja. Setakat nak ambil “screenshot” dan hantarkan kepada rakan sekerja untuk suntingan memang mudah. Anda cuma perlu leret 3 jari ke bawah untuk melakukannya. Pantas, mudah dan efisien kan?

Tingkatkan produktiviti anda

Kita sering menggunakan telefon pintar dan komputer riba pada masa yang sama. Kedua-duanya adalah peranti penting untuk menyiapkan kerja kita. Sudah tentu kita pernah rasa “stress” bila nak kena pindahkan gambar/video dari telefon ke komputer, tetapi tak ada kable USB atau tiada Internet. Kerja yang boleh siap sekelip mata boleh jadi tertangguh dibuatnya.

Ha, tahukah bahawa anda boleh menggabungkan telefon pintar dan komputer riba HUAWEI menjadi satu peranti menerusi HUAWEI Share hanya dengan satu sentuhan jari sahaja? Skrin telefon anda akan terpampang di HUAWEI Matebook 13.

Anda boleh memindahkan, menukar, membuang atau menyalin mana-mana fail di antara kedua-dua peranti ini. Siap boleh mesej rakan sekerja menggunakan HUAWEI Matebook 13 lagi. Senang cakap, kedua-dua skrin membolehkan anda navigasi dengan begitu mudah sekali saja. Hebat kan?

huawei matebook 13

“Business trip” tanpa sebarang kebimbangan

Sudah pasti apabila anda perlu kerja di luar pejabat atau ke “business trip”, komputer riba wajib dibawa untuk memastikan kerja anda tidak tertangguh. Dengan berat SERINGAN 1.3kg, rekaan minimalist, dan fungsi FingerPrint Power Button yang membolehkan anda log masuk dengan hanya satu sentuhan jari.

Anda pasti tidak akan rasa terbeban untuk membawa komputer riba tercanggih ini ke mana-mana dan bahunnya pun tak sakit.

Bab bateri juga tidak perlu dirisaukan. HUAWEI Matebook 13 boleh bertahan sepanjang hari walaupun digunakan tanpa berhenti. Teknologi Quick Charger yang ada di dalamnya pula membolehkan, anda mengecasnya dengan pantas. Last but not least, pengecas HUAWEI Matebook 13 hanya seberat 160g dan merupakaan sebuah 65W USB-C Charger yang turut sama boleh digunakan untuk memindahkan data. Memang sangat memudahkan!

Harga dan bila boleh beli?

Dengan harga yang amat berpatutan serta pelbagai hadiah PERCUMA, sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki HUAWEI MAtebook 13 ini. Anda boleh membelinya secara online di sini

Boleh menang Proton X70

Untuk makluman anda, Karnival HUAWEI AppGallery telah bermula dari 19 Jun sehingga 30 Jun 2020 dan ia menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM2,000,000 termasuklah 3 buah kereta Proton X70 dan 500 elektronik skuter.

Anda mungkin berpeluang membawa pulang hadiah hebat ini sekiranya membeli HUAWEI Matebook 13 sepanjang karnival ini berlangsung. Maklumat lanjut boleh baca di laman rasmi HUAWEI. Selamat mencuba!!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...