Kerja, Chill, Semua On! vivo X Fold5 Bawa Produktiviti & Gaya Dalam Satu Genggaman!

Branded

Kerja, Chill, Semua On! vivo X Fold5 Bawa Produktiviti & Gaya Dalam Satu Genggaman!

vivo Malaysia bakal lancarkan satu lagi inovasi hebat dalam dunia telefon pintar – vivo X Fold5, telefon boleh lipat flagship yang gabungkan gaya, kuasa dan produktiviti dalam satu.

Untuk korang yang memang expect lebih dari telefon biasa, vivo X Fold5 dijangka beri pengalaman luar biasa dengan mekanisme lipat yang super smooth, skrin dual immersive, dan prestasi gempak dalam rekaan yang sleek dan ringan.

Slim Tapi Spesifikasi Mantap

vivo x fold5

vivo X Fold5 direka dengan kejuruteraan canggih dan badan yang ultra ringan, senang masuk poket. Hinge dia pun pakai bahan gred aeroangkasa, tahan lama dan smooth bila dibuka dan ditutup.

Walaupun nipis, tak bermakna spesifikasi kurang power. Telefon ni memang seimbang antara rekaan stylish, ketahanan dan prestasi flagship. Productivity boleh ‘unfold’ kat mana-mana je, dari kerja, travel sampai lepak kat kafe.

Dengan kemasan moden yang bukan je nampak cantik tapi selesa digenggam, X Fold5 hadir dalam dua warna eksklusif: Titanium Gray dan Feather White. 

Bila buka, dua skrin dia memang terang dan vivid, confirm jelas walaupun bawah matahari Malaysia yang terik. Lipat atau tak, model ini tetap nampak premium dari semua sudut.

Lipat Tapi Lagi Bijak – AI Bantu Produktiviti Sepanjang Hari

vivo x fold5

Bukan rupa je menarik, X Fold5 juga bijak. Dengan bantuan AI seperti Origin Workbench, DocMaster dan Smart Call Assistant, korang boleh tukar antara mod kerja dan chill tanpa sebarang gangguan.

Nak multitask? Senang. Nak edit dokumen terus dari nota jadi fail proper? Boleh. Nak salin perbualan meeting secara real-time? Pun boleh.

Tak kisah tengah travel, dalam kapal terbang atau kerja kat kafe hipster, vivo X Fold5 pastikan korang kekal produktif, teratur dan tak perlu bawa banyak gajet lain pun.

Ikuti Facebook dan Instagram vivo Malaysia untuk info lebih lanjut mengenai vivo X Fold5 ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...