Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Kerja Berapa Minit Je Kan?’ – Dituduh Makan Angin Di Langkawi, Alyah Tunjuk Bukti Dokumen

Di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ memuat naik screenshot mesej yang dihantar seorang individu di akaun Instagram miliknya. Individu tersebut mempersoalkan tindakan Alyah berada di Pulau Langkawi bersama rakan-rakan.

Malah, individu tersebut menuduh Alyah tidak cerdik apabila menunjukkan gambar berada di kapal mewah sambil bertukar-tukar baju fesyen.

Advertisement

Assalam sejak saya berada di langkawi ni, mcm mcm Dm yg saya terima contoh DM seperti diatas.itu belum no yg tak kenal dgn tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP.

Saya masih seorng penyanyi dan sy bekerja dibawah record saya sendiri. sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan.peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja.tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan product dlm bentuk visual juga.

Menurut penyanyi ini, dia telah menerima banyak lagi maki hamun di Direct Message mempersoalkan perihal prosedur operasi standard (SOP).

Jelas Alyah, sebagai seorang penyanyi dia perlu mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan berterusan. Malah, pihaknya juga perlu mengeluarkan produk dalam bentuk visual.

Pihak saya dan team like music sdn bhd ke langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya #ThankyouALLAH.

Apa yg di usulkan oleh anda yg mcm tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya.

Kata Alyah lagi, dia dan pihak syarikat ke Pulau Langkawi adalah atas urusan kerja semata-mata demi menyiapkan muzik video lagu terbarunya.

Saya tk naik KAPAL utk suka suka.dan tidak berkeinginan pon ke langkawi kalau setakat nak tukar tukar baju fesyen…sebelum saya dan team ke langkawi, Kami sedaya upaya menyediakan segala document perjalan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya TAK CERDIK juga, saya minta maaf.

Di hantaran itu juga, Alyah turut memuat naik surat permohonan rentas negeri dan perakuan pendaftaran syarikat Like Music Entertainment.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anon

    April 8, 2021 at 10:46 am

    company musik tu pon kenapa la nak kene buat video dekat langkawi jugak, kat klang valley mcm xde tempat sgt nk buat clip video segala. Artis pulak, kami faham pergi asbab keje, and normal la kn ambil peluang unt activity2 lain jugak.. tapi sabar2 la drp upload. Dh kene kecam kate netizen buruk sangka.

  2. someonesomewhere

    April 8, 2021 at 10:25 am

    Yes. If pergi niat kerja, uploadlah kepentingan kerja tu more on your ig. Yang pegi tayang-menayang as if you all kerja tak seberapa, enjoy je melebih tu kan ke menimbulkan fitnah dan juga mengusik sensitivity people yang tak susah nak dapat merentas negeri like marhaen2 ni. Merentas negeri untuk bekerja tu is the main reason, but why made the “enjoy2” moment ke sana tu like the main highlights of the trip? Agak2 la menyelam sambil minum air pun. Bila upload benda begini, memang arrogant kekdahnya sebab tak mempedulikan perasaan orang2 lain yang nak balik jumpa mak abah kat kampung tu. Lepas tu berlagak tunjuk segala bukti. Dapat merentas negeri tu bukan ticket to do all that stuff ye. If nak buat jugak, do it on ur personal space yang tak de nak menayang kat orang.

  3. tecit

    April 8, 2021 at 9:53 am

    zaman skg ni klu dah dpt kebenaran tu kau explain jelah dulu sblm upload ape2. jgn bile dah jd fitnah baru nk explain. ok. simpan sikit bodoh tu ek. explain first tayang 2nd ok???

  4. unknown

    April 8, 2021 at 9:12 am

    Memang ko x cerdik pon sis.. Bak kata Hattan mampus korg laaa dapat kebenaran bagai yg gatal2 hupload tu kenapa.. Fikir sis jangan jadik selfish & arrogant mcm hajah sorg tuh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top