Seorang nelayan Andrew Davies dari Carmarthen telah menjumpai satu keris melayu dari kurun ke-18 apabila mengangkat pukatnya dari Sungai Welsh di Carmarthen.
Encik Davies memberitahu Wales Online “Ia merupakan tangkapan yang luar biasa. Apabila saya menarik pukat, pedang tersebut ada di pukat saya. Selepas menjumpainya, saya terus membawa benda itu terus ke muzium untuk diperiksa.”
Menurut Gavin Evans, curator untuk Carmarthenshire museum, beliau telah menghantar beberapa keping gambar ke Muzium di London untuk mendapatkan maklumat namun masih tiada balasan yang diterima.
“Saya masih belum menerima apa apa berita dari muzim tetapi pedang tersebut berasal dari asia”
“Pada mulanya saya menyangka ia merupakan artifak dari Roman”
“Corak pada keris tersebut seperti ukiran burung yang diperbuat dari tulang, terdapat juga bahan tembaga yang dijadikan sebagai perhiasan”
Pakar mempercayai bahawa pedang tersebut adalah ‘keris’ yang berasal dari Asia, Asia Tenggara, Malaysia.
Walaupun kebanyakan keris berkait rapat dengan budaya Indonesia. Ia juga berasal dari Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina di mana ia dikenali sebagai Kalis.
Menurut laporan Dailymail, beberapa penyelidik sedang menuju ke sana untuk menjalankan kajian terhadap artifak tersebut.
Sumber: DailyMail