Seperti diketahui umum, kebanyakan tandas di pusat beli belah kini tidak dilengkapi dengan paip air atau digantikan dengan bidet yang dipasang terus dengan tandas.
Keadaan ini menyebabkan rara-rata masyarakat di Malaysia tidak berpuas hati apabila tandas tidak dilengkapi dengan keperluan asas itu.

gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu telah membuat satu hantaran di Threads, mempersoalkan tentang ketiadaan bidet di tandas.
Sudah banyak mall mula menanggalkan bidet atas alasan toilet akan basah if ada bidet dan perlukan lebih pembersihan.
Namun, dia menjelaskan bahawa tandas yang kering tidak semestinya bersih, lebih-lebih lagi apabila banyak tandas kering dikatakan berbau hancing dan najis yang kuat.

gambar hiasan
Toilet kering tu nampak je tak basah tapi kencing kering bersepah. Toilet tanpa bidet lagi banyak kali kena cuci.
Kalau najis atau kencing bersepah, kena panggil pekerja untuk cuci. Kalau pekerja tak ada, tak ada siapa boleh guna toilet tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa ketiadaan bidet ini menyusahkan lebih-lebih lagi apabila membuang air besar.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.