Kering Dan Dehidrasi Isu Berbeza? Kenali Kulit Anda, Selesaikan Masalahnya

Gaya Hidup

Kering Dan Dehidrasi Isu Berbeza? Kenali Kulit Anda, Selesaikan Masalahnya

“Kulit rasa kering dan dehidrasi lah..”

Anda tahu tahu tak bahawa masalah kekeringan dan dehidrasi adalah dua perkara yang berbeza? Serius lah?! Benar, sebenarnya ia disebabkan oleh faktor yang berlainan.

Advertisement

Kalau anda nak tahu, ‘kering’ ialah jenis kulit manakala dehidrasi ialah kondisi kulit. Kulit kering sebenarnya disebabkan kekurangan minyak kerana ia kurang menghasilkan sebum berbanding kulit normal. Maknanya, kulit wajah anda tidak mempunyai lemak yang diperlukan untuk mengepung kelembapan yang boleh melindungi daripada ‘serangan’ luar.

Manakala dehidrasi pula disebabkan oleh faktor luar, biasanya kerana, cuaca, persekitaran, diet, dan pengambilan kafein. Di mana ianya boleh menyebabkan kehilangan kandungan air pada kulit. Nampak tak perbezaannya?

favful kulit kering

Kulit anda yang mana satu?

Ujian yang mudah ialah apabila anda mencubit kulit wajah. Jika ianya berkedut dan mengambil masa untuk kembali ke bentuk asal, maknanya ia sangat memerlukan air dek dehidrasi. Petanda lain ialah kulit yang kusam, ketat dan garis kedutan di tempat yang tak dijangka.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah kekeringan pula, anda sentiasa berasa tidak selesa. Malah kulit anda jelas bersisik dan ada tompok putih. Bukan itu sahaja, ia juga gatal pada bahagian seperti kening, mulut dan hidung.

Apabila sudah mengenalpasti masalah kulit anda, Favful sediakan penyelesaian buat anda!

Rutin bagi kulit kering

1. Facial oil yang melembapkan

Mahukan kulit yang lembap dan segar? Penggunaan facial oil diwajibkan dalam rutin penjagaan wajah anda. Ianya mampu membuatkan kulit kekal lembap sepanjang hari, best kan?

Cadangan di Favful: Good Molecules Ultra-Hydrating Facial Oil

favful good molecules ultra-hydrating facial oil

2. Pengelupasan lembut

Meskipun kering, kulit masih lagi perlu diaplikasikan pengelupasan. Bukan apa, dengan pembersihan secara menyeluruh pada lubang pori anda, barulah minyak pada kulit dapat dihasilkan secara normal.

Cadangan di Favful: Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar

favful some by mi cleansing bar

3. Pelembap mengandungi squalene

Squalene merupakan kandungan terbaik dalam memberikan kelembapan buat kulit anda. Ini kerana, ianya seiras dengan minyak yang didapati pada kulit wajah anda. Kulit pastinya nampak awet muda dan licin apabila squalene menjadi teman baik semua!

Cadangan di Favful: The Inkey List Multi-Biotic Moisturiser

favful the inkey list multi-bionic moisturizer

4. Lip balm dengan kandungan perangkap kelembapan

Bukan sahaja kulit wajah, bibir juga sering terkesan apabila kering. Jadinya, gunakan lip balm yang mempunyai kandungan untuk memerangkap kelembapan bagi memastikan bibir tampil anjal sentiasa.

Cadangan di Favful: Innisfree Glow Tint Lip Balm

favful innisfree lip glow tint

Rutin bagi kulit dehidrasi

1. Pembersih wajah yang lembut

Bagi memanjakan kulit dehidrasi, gunakan pembersih wajah yang lembut. Barulah kulit wajah anda dapat dijaga dengan baik dan rapi.

Cadangan di Favful: Dr. Jart Cicapair Enzyme Cleansing Foam

favful dr jart enzyme foam cleanser

2. Serum mengandungi asid hyaluronic

Asid hyaluronic memang terbukti sebagai bantuan terbaik untuk kelembapan. Sebab itu, anda kena pastikan ianya diterapkan dalan rutin penjagaan wajah harian anda.

Cadangan di Favful: Good Molecules Hyaluronic Acid Serum

favful good molecules hyaluronic acid serum

3. Pelembap anti-penuaan

Dehidrasi juga sebenarnya mungkin berlaku sebagai tanda awal penuaan. Walaupun baru berusia 20-an tak salah kalau anda memulakan rawatan anti-penuaan. Dengan penggunaan produk ini, jangan terkejut kalau orang ramai ingat anda masih remaja apabila mencecah usia 30-an nanti.

Cadangan di Favful: The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%

favful the ordinary vitamin c suspension

Favful solusi anda

Tak perlu susah mencari kerana semua produk ini boleh didapati dengan ‘petik jari’ sahaja di Favful. Laman tempatan ini ternyata dipenuhi dengan pelbagai jenama produk kecantikan antarabangsa dan dijamin tulen semuanya.

Tak hanya produk yang disenaraikan ini, banyak lagi rangkaian jenama lain yang anda boleh miliki di Favful. Jadi jangan berlengah, cepat serbu Favful sekarang!

favful
3 years ago

Panasnya, Habislah Kulit Wajah! Ubah Skincare Tanpa Belanja Banyak Bagi Lawan Masalah Ini

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh juga kunjungi media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...