January 3rd, 2018

Kecoh di laman sosial Twitter mengenai dakwaan sebuah kereta Honda Civic  putih yang dikatakan milik aktres Izreen Azminda disembur  cat warna merah dengan tulisan “Perampas Laki Orang”. Foto tersebut menjadi viral dan sesetengah pihak mempercayai kenderaan itu memang milik Izreen kerana hangat dengan kontroversi bernikah secara rahsia dengan pemuzik berstatus suami orang beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun, Izreen yang sedang menjalani penggambaran drama memberitahu kereta tersebut bukan miliknya dan tidak terkejut dengan berita tersebut kerana sudah lali menjadi mangsa kecaman dan tuduhan masyarakat.

Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran. Biarlah apa orang nak kata atau fikir… Janji saya okay. Seandainya, terjadi pada saya sekalipun, negara kita ada undang-undang.

Izreen bernikah dengan Ude Wahid pada 8 Ogos lalu di Damansara tanpa pengetahuan isteri pertama Ude. Ia mencetuskan kemarahan netizen kerana Izreen merahsiakan pernikahan itu dan dituduh mencipta kebahagiaan sendiri di atas air mata wanita lain.

Sumber Berita : BH ONLINE


30 responses to “Kereta Yang Diconteng “Perampas Laki Orang” Bukan Milik Saya – Izreen Azminda”

  1. cik kepoci says:

    kalau kete ko yg kena conteng tu pun ape salahnya huhu

  2. Anonymous says:

    perit laaa poket. nak cover kene cat sume sekali ni.

  3. Anonymous says:

    jodoh…itu jer alasan paling klise!!!
    itu suami orang kot…klu suami ko dirampas…ko rsa ko akan meroyan ker…comfirm!!!!
    maka fikirlahh perasaan ISTERINYA….tapiii….ada ker ko terfikir begitu.
    malangnya…tak…ko dah kahwin pn dgn SUAMINYA…..nampak sgt ko langsung x mmikirkan perasaan wanita lain

Loading...