Kecoh di laman sosial Twitter mengenai dakwaan sebuah kereta Honda Civic putih yang dikatakan milik aktres Izreen Azminda disembur cat warna merah dengan tulisan “Perampas Laki Orang”. Foto tersebut menjadi viral dan sesetengah pihak mempercayai kenderaan itu memang milik Izreen kerana hangat dengan kontroversi bernikah secara rahsia dengan pemuzik berstatus suami orang beberapa bulan lalu.
Walaubagaimanapun, Izreen yang sedang menjalani penggambaran drama memberitahu kereta tersebut bukan miliknya dan tidak terkejut dengan berita tersebut kerana sudah lali menjadi mangsa kecaman dan tuduhan masyarakat.
Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran. Biarlah apa orang nak kata atau fikir… Janji saya okay. Seandainya, terjadi pada saya sekalipun, negara kita ada undang-undang.
Izreen bernikah dengan Ude Wahid pada 8 Ogos lalu di Damansara tanpa pengetahuan isteri pertama Ude. Ia mencetuskan kemarahan netizen kerana Izreen merahsiakan pernikahan itu dan dituduh mencipta kebahagiaan sendiri di atas air mata wanita lain.