Tular beberapa hari yang lalu mengenai kereta waja ‘lejen’ milik penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi buah mulut warga maya.
Ia menjadi tular setelah seorang individu ada membuat ‘throwback’ kereta proton Waja yang dimenangi pelantun lagu Cindai itu ketika dianugerahkan gelaran Bintang Paling Popular ABPBH tahun 2001.
Difahamkan, ia adalah edisi pertama di mana pihak penganjur memberikan sebuah kereta kepada pemenang anugerah tersebut.
Sekadar trivia, no plat kereta Waja itu juga tertulis ABP 2001 dan kini dijaga sepenuhnya oleh adik Siti iaitu Siti Saerah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta penyanyi popular itu meletakkan kereta Waja miliknya di galeri buat tatapan peminat setelah Siti sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk membangunkan galeri sendiri di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.