Nasib pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad semalam kurang baik apabila beliau memberitahu kereta jenis Toyota Vellfire warna putih dengan nombor pendaftaran JRP 46 miliknya hilang, ketika menghadiri konsert tadika anaknya, Naira Mikayla semalam.
Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak. Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.
Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri. Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik.
Bersabarlah Nabil, mungkin ini salah satu ujian Allah SWT buat anda. Semoga kereta Nabil dapat ditemui semula.