Kereta Tesla Tanpa Pemandu Kemalangan, Ragut Nyawa Penumpang

Teknologi

Kereta Tesla Tanpa Pemandu Kemalangan, Ragut Nyawa Penumpang

Teknologi kenderaan yang semakin canggih dapat mengurangkan pergerakan manusia dalam aktiviti pemanduan kereta tetapi kita juga tidak digalakkan untuk bergantung sepenuhnya kepada teknologi tersebut.

Terbaru, dua penumpang maut dalam kemalangan yang melibatkan kereta Tesla Model S tanpa pemandu di Texas, Amerika Syarikat.

Advertisement

Ketua Polis Harris Country, Konstabel Mark Herman berkata nahas itu meragut nyawa penumpang yang duduk di hadapan dan belakang.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kereta terbabit bergerak tanpa pemandu ketika kejadian”.

Model kereta Tesla S

Menurut Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memaklumkan kereta tersebut memiliki sistem pemanduan yang automatik.

Namun menurut log rekod, sistem itu tidak digunakan ketika pemanduan sebelum kemalangan. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Sistem Pemanduan Sendiri Sepenuhnya (FSD) yang lebih moden ditawarkan untuk model Tesla tetapi tidak dibeli pada kereta yang terlibat kemalangan itu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...