Kereta Terjunam Dalam Tasik Akibat Tertekan Pedal Minyak, Dua Beranak Maut

Trending

Kereta Terjunam Dalam Tasik Akibat Tertekan Pedal Minyak, Dua Beranak Maut

Tragedi pilu menyelubungi ahli keluarga apabila salah seorang mangsa yang dipercayai tertekan pedal minyak, telah menyebabkan kereta jenis Proton Persona terjunam ke dalam tasik di Serdang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, dua mangsa dipercayai ibu dan anak masing-masing berusia lingkungan 60-an dan 20-an ditemui mati lemas.

kereta terjunam di tasik serdang

Advertisement

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd. Akmal Hizam Abd. Khupur berkata, pihaknya menerima maklumat tentang sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik kira-kira pukul 6.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta bergerak ke hadapan dan memasuki tasik”

“Kereta tersebut sebelum itu berada di kawasan letak kereta tidak berkotak di hadapan tasik”

Menurutnya, kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dan lemas.

“Mayat dua beranak itu selesai dinaikkan kira-kira pukul 8.45 malam dan mayat dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat”

Kereta terjunam di tasik serdang

Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga keluarganya terus tabah. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.