Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85% Siap

Automotif

Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85% Siap

Rata-rata dari kita sebelum ini telah melihat model kereta terbang pertama Malaysia yang telah dipaparkan pada awal tahun ini dan masih tidak mempercayai bahawa Malaysia bakal mempunyai kereta terbang menjelang tahun 2020.

Terkini, untuk memaklumkan mengenai perkembangan projek kereta terbang pertama Malaysia, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerja membina kereta terbang sudah 85% siap.

Dipetik dari Sinar Harian, prototaip kereta terbang sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun kerana kuasa ekonomi disana mempunyai sokongan untuk industri kereta terbang.
Prototaip kereta terbang sedang dibina di sebuah syarikat Malaysia di Jepun

Advertisement

Saya akan ke Jepun pada September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan saya berharap dapat melihat kereta (terbang) yang hampir siap yang kami akan bawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini.

Redzuan turut berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian yang terlibat dalam sektor penerbangan untuk mewujudkan ruang udara yang sesuai untuk kereta terbang di Malaysia, serupa dengan usaha dilakukan di beberapa negara lain, untuk melengkapi kemahiran usahawan tempatan bagi membangunkan kereta terbang.

Kereta terbang adalah inisiatif swasta. Kami tidak mengawal mereka (pelabur) mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi kami perlu mewujudkan industri (kereta terbang) di Malaysia.

Berhubung mengenai kereta terbang akan dilancarakan pada tahun ini, Redzuan berkata ia bergantung pada ekosistem Malaysia untuk kereta terbang, khususnya dari segi ketersediaan untuk terbang pada waktu itu.

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...