Kereta Terbang Jadi Kenyataan, XPENG AEROHT Bakal Dijual Dengan Harga Cecah RM1.2 Juta Pada Tahun 2026

Automotif

Kereta Terbang Jadi Kenyataan, XPENG AEROHT Bakal Dijual Dengan Harga Cecah RM1.2 Juta Pada Tahun 2026

Meskipun beberapa projek kereta terbang telah diumumkan sejak sedekad lalu, pemilikan peribadi kenderaan ini masih belum tersedia untuk orang ramai. Volocopter setakat ini hanya menyediakan perkhidmatan teksi terbang secara terhad di Paris.

Sementara itu, eHang memperkenalkan kereta terbang mereka tahun lalu, namun penggunaannya secara terbuka di China masih menunggu kelulusan pihak berkuasa.

Advertisement

Xpeng pula mengumumkan bahawa kereta terbang mereka akan mula dijual kepada umum bermula tahun depan melalui subjenama mereka, AeroHT.

kerete terbang xpeng aero ht

AeroHT Land Aircraft Carrier (LAC) ialah sebuah van berenam tayar yang dilengkapi dengan kereta terbang yang disimpan di bahagian belakang. Apabila diperlukan, kereta terbang yang mampu membawa dua penumpang ini boleh dikeluarkan untuk digunakan.

Dalam mod van, LAC yang dikuasakan elektrik mampu bergerak sejauh 997 kilometer CLTC sebelum baterinya perlu dicas semula menggunakan stesen pengecas atau enjin petrol. Kapasiti bateri van dan enjin petrolnya mencukupi untuk membolehkan kereta terbang digunakan sehingga enam kali.

Sejak diperkenalkan kepada umum dalam Pertunjukan Udara Zhuhai, LAC telah menerima 3,000 tempahan – satu angka yang tinggi walaupun setiap unit dijual pada harga RMB $2 juta (~RM1.22 juta).

Walau bagaimanapun, AeroHT masih belum memperoleh klasifikasi rasmi daripada kerajaan serta kepastian sama ada pemilik perlu memiliki lesen khas untuk menerbangkannya.

Sekiranya proses kelulusan pihak berkuasa berjalan lancar, AeroHT bakal menjadi syarikat pertama di dunia yang menawarkan kenderaan hibrid van dan kereta terbang secara komersial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 days ago

Apple Lancar Mac Studio Spesifikasi Paling Tinggi Dengan Harga RM60,924, Lengkap Cip M4 Max Dan M3 Ultra Dengan Storan 16TB SSD

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...