Kereta Terbang ‘Aircar’ Bakal Masuk Pasaran China

Automotif

Kereta Terbang ‘Aircar’ Bakal Masuk Pasaran China

Kereta terbang adalah antara pengakutan yang paling kita semua nantikan. Bagaimanakah agaknya rupa kereta terbang Malaysia menjelang 2020 nanti?

Baru-baru ini menerusi sebuah Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE) yang diadakan di Shanghai baru-baru ini,jurutera dari Slovakia dan seorang juruterbang Stefan Klein berjaya menarik perhatian pengunjung China dengan pameran sebuah kereta terbang yang dinamakan sebagai ‘Aircar’.

Advertisement

Rekaan kereta terbang ini yang mudah alih, kipas pada belakang bahagian belakang dan sayap model ini mampu dilipat membolehkan Aircar beroperasi seperti kereta biasa.

kereta terbang

Bukan itu sahaja, penawaran keberkesanan enjin yang sempurna antara yang membuatkan model ini mampu digunakan secara komersial.

Untuk anda yang berminat dengan ‘Aircar’, ia dicipta untuk semua orang tanpa memerlukan latihan khusus untuk menerbangkan kereta terbang ini.

Advertisement

Menurut Ketua Eksekutif Boulevard, Charles Bronson, beliau berharap rekaan kereta terbang ini akan dibeli oleh orang ramai di China.

Kereta ini boleh terbang dan ia memudahkan kita semua agar tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari. Bukan itu sahaja, Aircar sangat mudah dipandu oleh sesiapa sahaja.

Beliau juga berharap model ini mampu diperluaskan kepada pasaran umum.

Sebelum ini, kita semua tahu bahawa kereta terbang Malaysia dilaporkan 85% telah siap. Ia juga dijangka akan dibawa pulang ke Malaysia pada akhir tahun ini. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan ini.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...