Kereta Terbalik Teruk, Tapi Si Ibu Ceritakan Mengapa Bayi Mereka Masih Selamat

Automotif

Kereta Terbalik Teruk, Tapi Si Ibu Ceritakan Mengapa Bayi Mereka Masih Selamat

Kerap kali kita semua lihat rata-rata ibu dan bapa selesa memangku anak diriba ditempat duduk hadapan ketika si ayah sedang memandu.

Bukan itu sahaja kita juga sering melihat anak kecil duduk di tempat duduk hadapan manakala si ibu di belakang.

Advertisement

Sering kali kita semua lihat, dua atau tiga orang anak duduk di hadapan bermain-main ketika si ibu atau bapa memandu dan yang paling tragis apabila melihat ibu atau bapa memangku atau meriba anak ketika sedang memandu.

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar akan kepentingan kerusi keselamatan yang perlu diletakkan dalam kereta.

Baru-baru ini seorang ibu telah berkongsikan kisahnya di Facebook bahawa beliau sekeluarga mengalami kemalangan kereta sehingga keretanya terbalik. Jika lihat keadaan kereta tersebut, pasti anda berasa mereka sekeluarga cedera parah.

Wanita ini turut berkongsikan kepentingan memakaikan car seat untuk bayi dan bagaimana anaknya terselamat dari tercampak keluar ketika mereka berdepan kemalangan kereta yang teruk.

Ibu kepada bayi berusia 4 bulan ini sangat bersyukur kerana anaknya selamat dalam kemalangan yang teruk kerana menggunakan car seat.

Anak mereka yang berusia 4 bulan juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian, anak mereka berada dalam car seat dan waktu kereta terbalik, masih lagi dalam keadaan buckled up di car seat dan tidak tercampak keluar.

Beliau juga memberitahu bahawa pada mulanya sangat lambat mengajar anaknya untuk duduk dalam car seat.

si ibu lambat ajar anak duduk dalam carseat

Ini kerana sifat kesian jika melihat si anak menangis tidak mahu duduk dalam car seat.

Kami nekad kering hati biarkan dia menagis dalam car seat. Alhamdulillah sekarang dia sudah biasa.

Saya ingin memberi kesedaran kepada para ibu dan bapa di luar sana, jika anda sayangkan anak-anak anda, saya merayu tolonglah didik anak anda duduk dalam carseat seawal usia baru lahir.

Ini kerana tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal terjadi dalam hidup kita. Tindakan awal perlu diambil sebelum kita menyesal di kemudian hari.

Kereta boleh dibeli, nyawa anak tiada gantinya.

 

Kepada ibu bapa janganlah “selfish” nak selamatkan nyawa sendiri sahaja dengan memakai tali pinggang keselamatan dan anak dibiarkan menghadapi risiko kecederaan. Ingat ya!

 

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...