Kereta Tenggelam Banjir? Ini Apa Perlu Anda Buat Untuk ‘Claim’ Insurans, ‘Step By Step’!

Berita

Kereta Tenggelam Banjir? Ini Apa Perlu Anda Buat Untuk ‘Claim’ Insurans, ‘Step By Step’!

Sebuah perkongsian di akaun Twitter oleh @amaninanaeeim mungkin dapat membantu mereka di luar sana yang terjejas akibat banjir di mana mungkin kenderaan milik anda telah ditenggelami air akibat bencana tersebut.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan seseorang jika ingin menuntut insurans buat kenderaan terutamanya kereta yang terjejas akibat air bah.

Advertisement

Langkah-langkah perlu dilakukan:

1. Jangan hidupkan enjin kenderaan anda, kerana ianya mungkin akan merosakkan lagi enjin kereta.

2. Ambil foto, catat lokasi, masa dan juga tarikh kejadian berlaku.

3. Meskipun air banjir dah surut, jangan hidupkan enjin tetapi hubungi penunda kenderaan bagi syarikat insurans milik anda dan ‘tow’ kereta ke balai polis untuk buat laporan.

4. Siap buat laporan polis, boleh hantar ke mana-mana bengkel kereta panel insurans anda untuk buat ‘claim’.

Bencana alam seperti banjir, angin taufan, hujan, tanah runtuh/gelongsoran tanah, tanah tenggelam atau gegaran alam seperti gempa bumi selalunya tidak dilindungi oleh polis insurans bagi kebanyakan kenderaan awam.

Bencana banjirSumber : EPA-EFE 

Meskipun anda membeli polisi insurans yang ‘komprehensif’, untuk kes-kes melibatkan bencana alam masih berada di bawah perlindungan tambahan yang perlu anda bayar.

Namun begitu, menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA), ‘pertimbangan khas’ mungkin diberi kepada kes-kes yang tertentu.

Hubungi syarikat insurans pemilikan kenderaan anda bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai polisi yang melindungi kereta anda termasuklah jenis-jenis kerosakan dan bencana.

Cuti kuarantin diperluas
9 bulan lalu

Cuti Kuarantin Kini Diperluas, Termasuk Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Dan Pengasingan - KPPA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...