Kereta Tempatan Mudah Remuk, Netizen Tampil Beri Jawapan Mengapa

Trending

Kereta Tempatan Mudah Remuk, Netizen Tampil Beri Jawapan Mengapa

Baru-baru ini tular mengenai satu kemalangan, apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW telah melanggar sebuah kereta Proton Saga.

Peristiwa kemalangan ini telah menjadi bahan gurauan bagi sesetengah netizen apabila keadaan belakang Proton Saga itu remuk teruk selepas ‘dihentam’ oleh motosikal BMW R 1200 GS.

Advertisement

Ramai yang melabelkan kualiti kenderaan buatan Proton sangat rendah dan tidak kurang memanggilnya sebagai ‘tin milo’. Namun, seorang netizen tampil menjelaskan mengenai mengapa bahagian hadapan dan belakang kereta sengaja dibina untuk mudah remuk dan kemek.

Kebanyakkan kereta sememangnya dibuat dengan Crumple Zone

Safety Crumple Zone Video - YouTube

Kebanyakkan kereta pada zaman kini sememangnya dibuat dengan binaan crumple zone. Crumple zone ini adalah bertujuan bagi menyerap hentakan untuk mengurangkan kesan impak pada tengah badan kenderaan ketika kemalangan.

Netizen itu turut memberitahun, kereta Proton Saga tersebut yang berada dalam keadaan statik, membuatkan kereta tersebut tidak mempunyai kesan momentum. Berbeza dengan motosikal BMW itu yang sedang bergerak sewaktu pelanggaran berlaku.

Untuk memudahkan pemahaman, contohnya sebuah kenderaan yang tidak mempunyai crumple zone, akan menyebabkan semua tenaga hentakan dipindahkan kepada penumpang dalam kereta yang mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk kepada mereka.

Namun, menurutnya kereta berjenama mewah pastinya menggunakan bahan dan teknologi yang lebih bagus dalam menyerap hentakan apabila berlaku kemalangan. Tidak bersesuaian sekiranya kita membandingkan kereta mewah dengan kereta jenama tempatan berharga jauh lebih rendah di pasaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...