Siapa perasan ada satu kereta ‘aneh’ kat sekitar tempat ikonik negara baru-baru ni, apa yang buat kereta ni outstanding sebab atas bumbung tu ada projection yang memancarkan deodoran dan juga siap angkat lengan. Haaa?? Seriuslah?!!
Ramai yang berhenti snap gambar sebab ingatkan ada stunt movie, tapi rupa-rupanya ni semua kerja NIVEA!
View this post on Instagram
Kreatif betul NIVEA nak kenalkan siri terbaru mereka, deodoran NIVEA Derma Control!
Bila Ketiak Pun Perlukan Skincare
Selama ni kita memang jaga muka, rambut, badan. Tapi bila sebut pasal ketiak, ramai yang lupa ia sebenarnya kulit juga. Sama macam muka, kawasan bawah lengan pun terdedah kepada masalah seperti iritasi, kulit kusam dan bintik hitam akibat peluh serta kerap bercukur.
Trend terkini dipanggil skinification, pendekatan yang bawa manfaat skincare ke bahagian tubuh lain, termasuk underarm. Dengan kata lain, ketiak pun layak dapat layanan skincare.
Tapi yang lagi menarik, deodoran ni bukan biasa-biasa. Ia bukan sekadar untuk kawal peluh, tapi juga menjaga kulit bawah lengan macam kita jaga muka.
Derma Control: Deodoran Pertama Dengan Hyaluron. Wah Macam Skincare!
NIVEA Derma Control ni sebenarnya deodoran skincare hybrid pertama yang mengandungi mikro hyaluron dan 100x vitamin, setiap kali pakai, bawah lengan rasa macam dilindungi serum. Selain 72 jam perlindungan tanpa bau peluh, kulit pun makin cerah, licin, selesa dan bebas iritasi.
3 Varian Untuk Wanita, Boleh Pilih Ikut Keperluan Kulit
-NIVEA Derma Control Bright Repair: Untuk yang nak mencerahkan kesan gelap akibat bercukur, dengan Micro Hyaluron + 100x Vitamin C untuk tona sekata dan lembut.
-NIVEA Derma Control Defend: Untuk menguatkan pertahanan kulit dengan Micro Hyaluron + 100x Vitamin B5, membantu menegangkan kulit bawah lengan dalam masa 5 hari.
-NIVEA Derma Control Restore: Untuk kulit sensitif, dengan Micro Hyaluron + 100x Vitamin E yang menenangkan dan memperbaiki kulit 3 kali lebih cepat.
Versi Lelaki Pun Ada Bro!
Bukan perempuan je boleh wangi dan yakin, lelaki pun boleh. NIVEA MEN Derma Control datang dengan dua pilihan:
-NIVEA MEN Derma Control Defend – Dengan Mikro Hyaluron dan Pro-Vitamin B5, sesuai untuk lelaki yang kuat berpeluh, ia melindungi daripada iritasi sambil mengekalkan rasa selesa.
–NIVEA MEN Derma Control Sensitive – Dengan Mikro Hyaluron dan Vitamin E, sesuai untuk kulit sensitif kerana ia menenangkan serta menyuburkan.
Roll-On Atau Spray, Pilih Je Mana Suka
Nak cepat? Ambil spray 150ml, sembur terus, cepat kering. Suka yang lembut dan tahan lama? Roll-on 50ml kan ada, senang nak bawa ke mana-mana.
Dua-dua bagi hasil sama untuk bawah lengan yang licin, cerah, dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.
Kalau anda jenis “sweat baby” yang tak boleh lari dari peluh, NIVEA Derma Control, deodoran skincare pertama dengan Hyaluron ni, memang wajib cuba.
Boleh dapatkan di pasar raya, farmasi, atau terus order kat Shopee dan Lazada rasmi NIVEA. Lepas ni, angkat tangan pun tak payah risau lagi, bawah lengan pun glowing macam muka.



