“Kereta Pemain Bola Untuk Dijual” – BMW Milik Faisal Halim Jadi Rebutan, Nak ‘Let Go’ RM190K

Kehidupan

“Kereta Pemain Bola Untuk Dijual” – BMW Milik Faisal Halim Jadi Rebutan, Nak ‘Let Go’ RM190K

Sebuah hantaran di Threads oleh @imnurhafizz mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan bahawa sebuah kereta BMW yang pernah dimiliki pemain bola sepak terkenal, Faisal Halim, kini dijual pada harga RM190,000 sahaja.

Dalam video tersebut, pemilik akaun memaklumkan bahawa kereta berkenaan dipercayai model BMW dengan kosmetik grill M340i, front lip, side skirt dan spoiler pernah menjadi kenderaan harian Faisal sebelum beliau menukarnya kepada kereta lain.

Advertisement

kereta faisal halim

Kami jual RM190,000 sahaja. Mileage kurang 29,000 km. FIRST COME FIRST SERVE! Dia dah add grill M340i, front lip, side skirt dan spoiler. Kereta dah handsome.

Reaksi netizen pantas membanjiri ruangan komen, ada yang teruja melihat kondisi kereta yang dijaga rapi, tidak kurang juga yang mula membuat spekulasi sama ada harga itu bakal melonjak kerana faktor “kereta artis / kereta pemain bola”.

Ada yang bergurau menyifatkan jualan itu sebagai peluang untuk memiliki “kereta bekas milik pemain kebangsaan”, manakala selebihnya lebih fokus memuji modifikasi yang dilakukan Faisal sehingga kereta itu kelihatan lebih sporty dan premium.

Jualan kereta ini turut muncul pada waktu yang hampir sama dengan perkembangan kehidupan peribadi Faisal Halim, yang baru-baru ini sah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Kes perceraian tersebut menjadi perhatian ramai selepas kedua-dua pihak memuat naik hantaran yang seolah-olah memberi bayangan pergolakan rumah tangga mereka. Namun, keputusan mahkamah itu menandakan penamat kepada episod rumah tangga Faisal, sekali gus membolehkan kedua-duanya meneruskan kehidupan masing-masing.

Kereta tersebut kini menjadi buruan peminat automotif dan penyokong sukan yang mahu memiliki “kereta pemain bola”, lebih-lebih lagi milik seorang pemain ternama seperti Faisal Halim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-03 11:21:55

‘Body Shaming’ Pelanggan Berat 90Kg, Live Host Qiszar Diberhentikan Serta Merta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...