Kereta Mewah Opai Rupanya Milik Orang Lain, Pemilik Sebenar Tampil Bersuara – “Ye, Tu Kereta Saya Tapi..”

Hiburan

Kereta Mewah Opai Rupanya Milik Orang Lain, Pemilik Sebenar Tampil Bersuara – “Ye, Tu Kereta Saya Tapi..”

Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaan mewah jenis McLaren miliknya.

Bukan itu sahaja, kenderaan sportcar berwarna hijau itu didapati telah didaftarkan atas nama orang lain dan bukan nama Aliff.

Advertisement

Tampil memberi penjelasan, pemilik sebenar kenderaan yang dikenali sebagai Hafiz Wasa mengakui kenderaan mewah itu masih didaftarkan atas namanya.

Hafiz

Namun, Hafiz berkata Aliff telah membeli kenderaan mewah itu daripadanya tetapi mereka masih belum berkesempatan untuk melakukan proses menukar nama atas sebab kekangan masa.

Dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah, dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.

Dalam pada itu, Hafiz memaklumkan Aliff membeli kenderaan mewah itu bagi membantu perniagaannya yang sedang mengalami masalah.

Saya rasa Opai (Aliff) beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)

Bukan itu sahaja, Hafiz turut menyifatkan Aliff sebagai seorang yang baik dan menghormati orang lain, berbeza dengan kecaman yang dilemparkan kepada pempengaruh itu.

Sepanjang saya kenal dengan Opai, dia dekat luar tak sama macam di dalam video. Saya pun pelik dengan netizen ni…

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

opai nafi dipanggil jpj
11 months ago

"Nombor Plat QPA1 Tak Guna Atas Jalan" - Nafi Dipanggil JPJ, Opai Bosan Netizen Selalu Guna Namanya Untuk FYP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...