Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaan mewah jenis McLaren miliknya.
Bukan itu sahaja, kenderaan sportcar berwarna hijau itu didapati telah didaftarkan atas nama orang lain dan bukan nama Aliff.
Tampil memberi penjelasan, pemilik sebenar kenderaan yang dikenali sebagai Hafiz Wasa mengakui kenderaan mewah itu masih didaftarkan atas namanya.
Namun, Hafiz berkata Aliff telah membeli kenderaan mewah itu daripadanya tetapi mereka masih belum berkesempatan untuk melakukan proses menukar nama atas sebab kekangan masa.
Dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah, dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.
Dalam pada itu, Hafiz memaklumkan Aliff membeli kenderaan mewah itu bagi membantu perniagaannya yang sedang mengalami masalah.
Saya rasa Opai (Aliff) beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Hafiz turut menyifatkan Aliff sebagai seorang yang baik dan menghormati orang lain, berbeza dengan kecaman yang dilemparkan kepada pempengaruh itu.
Sepanjang saya kenal dengan Opai, dia dekat luar tak sama macam di dalam video. Saya pun pelik dengan netizen ni…
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.