Seakan tidak tahu akan punca sebenar, sebuah kereta dilihat secara melulu merempuh pagar Masjidil Haram di Makkah.
Menurut laporan, insiden itu berlaku pada jam 10 pagi (waktu tempatan) di Pintu 89, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini.
Menerusi sebuah rakaman video yang dikongsi seorang netizen di laman Twitter, jelas kelihatan kenderaan tersebut dikatakan dipandu laju oleh warga Arab tersebut sebelum merempuh pagar di lokasi kejadian.
A driver rammed his car into Door 89 of the Grand Mosque in Mecca (Masjid al-Haram) at 22:25pm Saudi time.
The driver was arrested and based on video footage posted on social media, local media reports, there were no casualties. https://t.co/CzNKWq5OO5
— Faisal | ???? (@faisaledroos) October 30, 2020
Bagaimanapun, anggota keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan bertindak menutup kawasan tersebut.
Untuk rekod, semua jemaah yang berada di kawasan tersebut dilaporkan selamat.
Sehingga kini, pihak berkuasa Arab Saudi masih tidak memaklumkan sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit, malah pemandu berkenaan juga telah ditahan.
Sumber: Al Arabiya