Kereta Masuk Air Akibat Banjir, Ini Antara Langkah Persediaan Anda Perlu Buat!

Automotif

Kereta Masuk Air Akibat Banjir, Ini Antara Langkah Persediaan Anda Perlu Buat!

Setiap tahun, Malaysia antara negara yang terkesan dengan musim tengkujuh di mana hujan turun tanpa henti sehinggakan paras air meningkat dan berlakunya banjir. 

Walaupun ia acap kali berlaku, masih ramai lagi rakyat yang belum tahu tentang persediaan semasa dan selepas menghadapi bencana banjir sebagai contoh ketika menghadapi situasi kenderaan atau rumah dimasuki air. 

Advertisement

Cakap pasal kereta masuk air, confirm ramai yang belum tahu apakah antara perkara yang perlu dibuat semasa berdepan dengan keadaan ini betul tak? 

Jadi, untuk korang yang baru first time berada dalam situasi ini, jangan PANIK! Jom kami kongsikan 5 langkah yang korang perlu buat! 

1. Jangan Hidupkan Enjin Kereta Ketika Ditelenggami Air

Zurich

Ramai orang melakukan kesilapan besar dengan menghidupkan enjin untuk uji keadaan kereta atau untuk hantar ke bengkel yang berdekatan. Tak boleh ya!

Perkara ini akan membawa kepada risiko kerosakan yang lebih teruk terhadap kereta anda dan akan menelan kos yang lebih tinggi tau! 

Jadi, langkah yang betul adalah jangan sesekali hidupkan enjin kereta apabila keadaan banjir mula reda dan terus hubungi lori tunda untuk hantar kereta ke bengkel berdekatan.

2. Periksa Tahap Kedalaman Air

Bila paras air banjir mula surut, anda akan nampak kesan garis air pada bahagian luar dan dalam kereta betul tak?

Penting untuk anda tahu tentang garis air ini sebab ia bertujuan untuk mengetahui sedalam mana kereta anda telah ditenggelami air supaya pihak insuran dapat menilai tahap kerosakan yang berlaku. 

Jika paras air melepasi aras papan pemuka, kos baik pulih akan menjadi lebih tinggi, manakala kalau paras air hanya melepasi bahagian pintu, kereta anda masih lagi selamat untuk dibaik pulih. 

3. Cek Minyak & Penapis Udara

Zurich

Paling penting, anda perlu cek minyak dan penapis udara kereta, yang mana jika paras minyak enjin tinggi atau penapis udara mempunyai air, JANGAN hidupkan enjin. 

Apa yang anda perlu buat adalah tunda kereta ke bengkel berdekatan untuk tukar minyak enjin serta buang air yang terdapat pada penapis udara. 

Anda boleh buat sendiri jika mahir, tapi kami sarankan untuk hantar kepada yang lebih arif. Risau ya kalau buat sendiri, takut makin teruk jadinya nanti!

4. Periksa Sistem Elektrik

Langkah seterusnya yang anda perlu buat adalah periksa komponen elektronik seperti lampu kereta, penyaman udara, radio, bateri, kunci kuasa, tingkap, dan sebagainya.

Kalau anda nampak kekurangan pada kelancaran enjin dan anjakan gear, itu petanda berlakunya masalah elektrikal. Sebaiknya anda cabut komponen elektronik  atau hantar kepada mekanik. 

5. Hubungi Syarikat Insuran

Langkah terakhir ni paling penting tau! Anda perlu hubungi syarikat insuran / Takaful sebab mereka menawarkan pakej perlindungan yang komprehensif, khas untuk kereta yang dimasuki air akibat bencana alam. 

Kalau anda tiada insuran untuk kenderaan, opsyen kedua yang anda boleh pilih adalah menggunakan khidmat tunda kereta ke bengkel. 

Jadi, penting tau insuran untuk kereta ni sebab kita sendiri pun tak tahu apa yang akan jadi pada kenderaan kita pada masa akan datang. 

Tapi, apakah antara pelan insuran yang sesuai untuk kereta kita? 

Jamin Mencipta Masa Depan Cerah, Zurich Tawar Pelbagai Jenis Pelan Insuran

Untuk pengetahuan, Zurich merupakan salah satu syarikat insuran dan takaful yang menawarkan pelbagai faedah terbaik dan pakej perlindungan untuk anda tau! Fuhh, bunyi macam promosing je~

Memang promising pun! Kalau anda belum ada insuran untuk kenderaan, anda wajib langgan insuran dengan Zurich di bawah pelan Z-Driver sebab ada 4 faedah yang CONFIRM akan buat anda rasa berpuas hati!

Antaranya, anda akan dapat bayaran balik sehingga RM5,000 untuk menunda dan membersihkan kenderaan akibat banjir dengan hanya RM10 setahun. Fuhh, serius lah?!

Selain itu, diskaun 60% dari kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas (Bencana Alam), anda mendapat ketenangan fikiran mengetahui bahawa kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan akibat banjir, taufan, ribut, gempa bumi atau kejadian alam semula jadi yang lain.

Kadar premium/caruman hanya 0.2% daripada Jumlah Diinsuran/Jumlah Perlindungan.

Bukan itu saja, anda juga akan menikmati perlindungan untuk kemalangan sendiri(personal accident) sehingga RM175 ribu untuk satu kereta dengan bayaran serendah RM15 setahun tau. Wow, banyaknya! 

Tak cukup dengan itu, Zurich turut menawarkan diskaun sehingga 20% untuk nilai lebihan yang perlu dibayar di mana anda boleh pilih had yang ditawarkan untuk dibayar sendiri sekiranya terdapat tuntutan untuk mendapatkan diskaun daripada caruman atau  premium motor anda. 

Kalau anda pemandu e-Hailing, jangan risau sebab Zurich kini menawarkan pengesahan e-Hailing kepada pemandu yang diberi kuasa untuk mempunyai polisi insurans motor yang komprehensif dengan Zurich. Bagusnya! 

Haa, banyakkan faedah yang anda boleh dapat kalau langgan Z-Driver dengan Zurich? Kalau anda nak tahu, Zurich turut menawarkan pelbagai jenis pelan insurans dan takaful seperti Zurich SME Business Takaful, Z-HomeProtect Takaful dan Takaful Al-Shams Zurich Essential Cover

Jadi, jangan lepaskan peluang dan langgan sekarang pelan insuran / takaful daripada Zurich. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan! 

Untuk maklumat lanjut tentang pelan insurans daripada Zurich, layari laman web rasmi Zurich atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...