Kereta Honda Sondol Kereta Depan Elak Bayar Tol, Kantoi Tak Bayar Saman RM1,500

Trending

Kereta Honda Sondol Kereta Depan Elak Bayar Tol, Kantoi Tak Bayar Saman RM1,500

Jika kita lihat orang yang menggunakan kereta mahal atau berjenama, pasti kita beranggapan mereka ini orang kaya.

Tetapi apa guna jika anda pakai kereta mahal, tetapi nak elak dari bayar tol dengan mengikut rapat pada kereta hadapan? dan cuba keluar sebelum palang kembali turun.

Namun begitu, baru-baru ini tular video sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah didakwa tidak membayar tol ketika melalui sebuah plaza tol.

Advertisement

Menerusi rakaman tersebut, kereta berkenaan dilihat mengekori rapat sebuah kenderaan yang sedang melalui plaza tol yang sama.

Walaubagaimanapun, percubaannya untuk melepaskan diri daripada membayar tol itu gagal apabila kenderaan dihadapannya tidak bergerak.

lepaskan diri dari tak bayar tolDisebabkan itu, pemandu Honda Jazz merah berkenaan mengundurkan keretanya untuk memasuki laluan yang lain.
nak lari masuk lorong lain

Tetapi kali ini si pemandu kereta Honda Jazz tidak boleh terlepas kerana melanggar kereta milik pelumba rally dan gymkhana negara, Shazmie Ilias.

Shazmie Ilias di dalam Facebooknya mengatakan beliau telah membuat laporan polis terhadap kes yang berlaku.

Facebook Syahmie

Disebabkan kelakuan yang tak ada moral ini, ia juga tersebar di Twitter.

Rata-rata netizen jijik dengan perangai tuan empunya kereta. Malah ada juga yang berjaya melihat nombor plat kereta tersebut dan semak jumlah samannya.
jumlah saman RM1,500

Apa yang mengejutkan, apabila saman disemak didapati kereta itu mempunyai saman sebanyak RM1,500.

 

Jangan ingat selama ini anda boleh terlepas daripada membayar tol. Ambil iktibar dari kejadian seperti ini agar tidak berulang lagi.

Sumber: Twitter, Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...