Kereta Hilang Kawalan, Berpusing 4 Kali, Pemandu Sempat OOTD Selepas Kemalangan

Hiburan

Kereta Hilang Kawalan, Berpusing 4 Kali, Pemandu Sempat OOTD Selepas Kemalangan

Sejak kebelakangan ini, cuaca hujan lebat sering menjadi salah satu punca utama berlakunya kemalangan di atas jalan raya dan itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang hilang kawalan sebelum terbabas ketika memandu sebuah kereta sejenis Myvi.

amyza aznan
6 bulan lalu

'Masuk Simpang Tolong Bagi Signal..' - Anak Lelaki Amyza Aznan Kemalangan

Advertisement

Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan keadaan kereta itu selepas berlakunya kemalangan di kilometer 234.9 Lebuhraya Pantai Barat.

Ketika dihubungi oleh pihak mStar, Nur Hanani Hazlan, 18, berkata kemalangan berlaku ketika dia memandu kereta milik teman lelakinya iaitu Muhd Faiz Hakimi Mohd Fadzil, 20.

Advertisement

Masa tu saya memandu dengan empat orang kawan dari Setiawan ke Beruas.. hujan lebat sangat dan saya pulang memang sejenis yang tak boleh bawa kereta waktu hujan. Saya tak perasan ada lopak air, kemudian kereta hilang kawalan dan berpusing sampai terlanggar divider.

Gadis tersebut turut berkata perkara pertama yang terlintas di dalam kepalanya selepas kemalangan itu adalah keadaan salah seorang rakannya yang sedang hamil tujuh bulan.

Gadis OOTD selepas kemalangan

Bagaimanapun, apa yang membuat video yang dikongsikan oleh Nani itu meraih hampir 500,000 tontonan di platform TikTok adalah kerana beliau sempat untuk mengambil outfit of the day (OOTD) selepas berdepan dengan insiden mengerikan itu.

Dia mengakui meminta salah seorang rakannya bernama Nur Irdina Faizal, 18, untuk mengambil gambarnya sementara mereka menunggu trak tunda kereta sampai ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Nani menasihati pemandu lain supaya tidak mengambil risiko seperti apa yang telah berlaku terhadap dirinya ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    October 11, 2021 at 3:45 pm

    xrase ape sbb bukan kete ngko. bukan ngko yg bayau. bukan insurans ngko. ntah2 kete pakwe kau tu omak ea yg bayaukan bulan2. eh sodap2 yo ekau posing2 lepas eksiden gune keto anak aku.

  2. fghijk

    October 11, 2021 at 6:57 am

    Allah bg ujian excident suruh bnykkn istighfr. Kita taktau bila ajal kita, jgn la sibuk nk bt content bodo2 upload kt tiktok. Bnykkn muhasabah diri. Tu klau tk pjg umur agak2 mcmna? Ke sibuk jugak nk selfie?

  3. Anonymous

    October 10, 2021 at 3:47 pm

    Nasib baik hidup lagi. Why don’t just don’t post anything like this? It can be so triggering to some & maybe boleh buat org terikut2. What kind of OOTD if you might have died instead?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...