Sejak kebelakangan ini, cuaca hujan lebat sering menjadi salah satu punca utama berlakunya kemalangan di atas jalan raya dan itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang hilang kawalan sebelum terbabas ketika memandu sebuah kereta sejenis Myvi.
Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan keadaan kereta itu selepas berlakunya kemalangan di kilometer 234.9 Lebuhraya Pantai Barat.
Ketika dihubungi oleh pihak mStar, Nur Hanani Hazlan, 18, berkata kemalangan berlaku ketika dia memandu kereta milik teman lelakinya iaitu Muhd Faiz Hakimi Mohd Fadzil, 20.
Masa tu saya memandu dengan empat orang kawan dari Setiawan ke Beruas.. hujan lebat sangat dan saya pulang memang sejenis yang tak boleh bawa kereta waktu hujan. Saya tak perasan ada lopak air, kemudian kereta hilang kawalan dan berpusing sampai terlanggar divider.
Gadis tersebut turut berkata perkara pertama yang terlintas di dalam kepalanya selepas kemalangan itu adalah keadaan salah seorang rakannya yang sedang hamil tujuh bulan.
Bagaimanapun, apa yang membuat video yang dikongsikan oleh Nani itu meraih hampir 500,000 tontonan di platform TikTok adalah kerana beliau sempat untuk mengambil outfit of the day (OOTD) selepas berdepan dengan insiden mengerikan itu.
Dia mengakui meminta salah seorang rakannya bernama Nur Irdina Faizal, 18, untuk mengambil gambarnya sementara mereka menunggu trak tunda kereta sampai ke lokasi kejadian.
Dalam pada itu, Nani menasihati pemandu lain supaya tidak mengambil risiko seperti apa yang telah berlaku terhadap dirinya ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.