Mendedahkan dirinya berdepan detik cemas kereta yang dipandunya hampir terbabas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran, pelakon Datin Seri Umie Aida tampil berkongsi pengalaman ngeri itu kepada umum.
Kata Umie, gara-gara tayarnya pecah. Beliau terpaksa mengawal kereta daripada terlanggar penghadang jalan.
“Benda nak jadi dalam sekelip mata. Dekat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dalam perjalanan nak pergi penggambaran. Tengah memandu tetiba rasa something wrong dengan tayar. Dia cuba tolak kereta saya ke penghadang jalan.”
Namun begitu, segalanya difahamkan selamat bertindak untuk berhenti di bahu jalan.
“Alhamdulillah dapat kawal dengan izin Allah. Nasib baik kereta belakang pun menyedari akan keadaan kereta saya. Dapat saya berhenti di tepi jalan ini.”
Perkongsian itu dilakukan Umie pada Sabtu lalu. Malah beliau juga dilihat tampil memuat naik keadaan tayar kereta yang hampir pecah keseluruhannya.
Malah, Umie juga khabarnya tidak ketinggalan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati kerana berkemungkinan wujud pihak tidak bertanggungjawab yang membuat ‘jahat’ di jalan tersebut.
“Berhati-hati di jalan raya takut kemungkinan ada orang yang tabur benda tajam. Kita tak tahu. Saya rasa ada sesuatu tadi dekat corner tapi tak apa yang penting selamat.”
Terdahulu, sekitar Jun 2019, Umie difahamkan pernah mendedahkan dirinya dikhianati seorang sahabat baik menerusi laman Instagramnya, namun beliau yang popular dengan sikap profesionalnya langsung tidak berniat mahu mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya yang juga insan biasa mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.
Sumber: Gempak