Kereta Depan Brek Mengejut, Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Hiburan

Kereta Depan Brek Mengejut, Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Penyanyi Sandra Dianne khabarnya telah terlibat dalam kemalangan pada petang Sabtu lalu selepas wakil syarikat rakaman Sony Music yang dikenali sebagai Bella memaklumkan dirinya masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri.

Kereta Depan Brek Mengejut, Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Advertisement

Menurut Bella, ketika ini hanya ibu peserta program Big Stage 2020 itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

“Keadaan dia masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Dia pun masih dirawat di ICU sejak semalam. Kami masih belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU.”

Ujar Bella lagi, beliau amat mengharapkan orang ramai supaya mendoakan Sandra agar mampu kembali pulih seperti sedia kala.

Kereta Depan Brek Mengejut, Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Sekadar info, Sandra terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Menerusi gambar yang diterima, keadaan kereta Sandra agak teruk terutama pada bahagian depan. Malah, cermin hadapan dan belakang juga pecah.

Untuk makluman, Sandra merupakan antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kereta Depan Brek Mengejut, Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Emarina Kamal memaklumkan pihaknya akan mengecualikan pembabitan Sanda pada Ahad lalu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...