Kereta Aku Proton, Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah – Zarina Anjoulie

Hiburan

Kereta Aku Proton, Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah – Zarina Anjoulie

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie pasti ramai yang kenal, walaupun sudah tidak aktif dalam bidang lakonan beliau masih lagi mempunyai peminat.

Advertisement

Zarina sememangnya seorang yang lantang bersuara dan sering memberikan pendapatnya mengenai isu semasa.

Baru-baru ini beliau ada berkongsi foto dan video betapa gembiranya beliau dapat memiliki kereta baru buatan Malaysia.  Apa yang menarik perhatian ramai ialah Zarina sanggup untuk membeli kereta itu yang dirasakan berbaloi berbanding kereta mewah tetapi akhirnya nanti tidak mampu membayarnya.

Zarina turut menempelak segelintir netizen  yang memandang rendah dengan pilihannya untuk membeli jenama kereta tersebut. Menurutnya, beliau pernah membeli sebuah kereta mewah BMW ketika berusia 25 tahun dan mengakui ia adalah keputusan paling teruk yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

Tidak dinafikan, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zarina. Buat apa berbelanja dan nampak mewah tetapi hakikatnya diri sendiri terasa sakit dan perit untuk menampung kehidupan setiap bulan? Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...